in ,

Zynakal Akui Anak Angkat, Tak Kenal Ibu Kandung

Sumber gambar: Instagram.com/zynakal

Zynakal, nama yang sangat tak asing lagi dalam industri hiburan sekarang ini. Bermula daripada kisah depression, dimasukkan ke hospital psikatrik, keluarkan lagu tentang perasaan sedih yang dialaminya dan banyak lagi. Kesian juga bila tengok kisah hidup Zynakal, ada sahaja dugaan dan cabaran yang dilaluinya.

Boleh dikatakan tahun 2019 bukanlah tahun yang baik buat penyanyi muda berusia 22 tahun ini apabila ada sahaja kontroversi melanda dirinya. Bagi Zyn atau nama sebenarnya Muhammad Raziq Rosli menganggap bahawa 2020 merupakan lembaran baru buat dirinya dalam dunia seni dan mengenali dirinya sendiri semula selepas banyak dugaan yang menimpa.

Baru-baru ini sahaja Zyn ada membuat satu pendedahan mengejutkan apabila dia mengakui bahawa dia merupakan anak angkat dan tidak langsung mengenali siapa ibu bapa kandungannya. Zyn tahu tentang berita ini ketika berusia 10 tahun. Zyn sendiri telah mendedahkan perkara ini ketika ditemu bual oleh sebuah media hiburan serta ia dikongsikan di laman YouTube miliknya.

Dikatakan dia mempunyai adik-beradik seramai lapan orang tapi dia langsung tidak mengenali mereka. Penyebab utama dia mengetahui kenyataan bahawa dia ialah anak angkat apabila dia telah ditangkap oleh pihak polis kerana mencuri permainan yoyo di sebuah kedai permainan ketika berusia 10 tahun. Akibat rasa marah yang terlampau sangat, ibu angkatnya terus membuat keputusan untuk memberitahu kebenaran sebenar.

Ibu (ibu angkat) saya ketika itu nampak tertekan dan terus berkata ‘kau tahu tak kau sebenarnya anak angkat’.

Bermula dari itu, Zyn baru ketahui tentang kebenaran dirinya. Sehingga kini dia langsung tak pernah berjumpa dengan keluarga kandungnya. Penyanyi kelahiran Pulau Pinang itu mengakui bahawa kasih sayang seorang ibu itu bagaikan sudah hilang walaupun dia mempunyai ibu angkat.

Image result for zynakal dan ismail izzani
Sumber gambar: Iluminasi

Menurut Zyn lagi, sehingga kini dia belum lagi membuat pencarian ibu kandungnya tetapi apa yang dia ketahui kini ibunya merupakan seorang pengemis. Alahai, sedihnya dengar perkara ini… Mesti perit buat Zyn untuk telan kenyataan kehidupan keluarga dia.

Ibu angkat saya berjumpa dengan ibu kandung saya ketika melahirkan saya. Jadi, ibu angkat yang tolong ibu kandung saya untuk menjaga saya.

Zyn mula menempa nama dalam industri hiburan sebagai komposer lagu ‘Sabar’ nyanyian Ismail Izzani sekitar dua tahun lalu. Disebabkan lagu itu, nama Zynakal mula dikenali ramai sehingga dia berjaya mengeluarkan lagu baru berjudul Terbang. Sehingga kini, lagu Terbang telah menerima sebanyak hampir 9 juta kali tontonan.

Sebab utama Zyn tidak mahu mencari siapakah ibu kandungnya itu lagi ialah kerana mahu membalas jasa baik ibu angkatnya terlebih dahulu. Memandangkan ibu angkatnya sudah menjaga dia sejak kecil, jadi inilah masa untuk dia membalas semula jasa mereka sekeluarga yang telah menjaganya dengan baik.

Tapi sekarang sedikit demi sedikit Zyn dah mula sembuh daripada penyakitnya dan kini lagu barunya berjudul Sakit mula mendapat perhatian pendengar apabila muzik video lagu tersebut telah mendapat sebanyak hampir 10 juta kali tontonan di YouTube. Cuba korang dengar betul-betul bait lirik lagu tersebut, ada banyak mesej yang ingin Zyn sampaikan buat pendengar.

Satu demi satu dugaan yang menimpa dirinya. Tapi itu bukanlah satu penghalang buat penyanyi muda ini untuk terus jatuh. Teruskan usaha Zyn!

What do you think?

11 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

‘Sumpah’ Kemenangan Naim Daniel AJL 34 Khas Buat Naimians

Moment Terbaik Artis dan Peminat Di AJL 34