in ,

Zul Ariffin Rela Kena Lempang Dengan Mira Filzah!

Sumber gambar: http://www.terlajakvirals.com/2019/07/18/tamparr-zul-ariffin-enam-kali-ini-komen-mira-filzah/

Baru lima hari filem Sangkar ditayangkan, tapi dengarnya setiap hari panggung penuh dan tiket pun sold out!

Siapa dah tengok filem Sangkar angkat kening sikit! Apa pendapat korang tentang filem Sangkar? BestΒ tak? Korang team Merah ke Biru? Atau pun langsung tak boleh nak decide pilih team mana? Samalah kita sis, tak tahu nak ‘pilih’ Zul Ariffin atau Remy Ishak!

Image result for zul ariffin dan remy ishak sangkar
Sumber gambar

Since Ainaa dah tengok filem Sangkar sebanyak dua kali, Ainaa nak share pendapat sendiri tentang filem pecah panggung yang penuh dengan pengajaran dan nilai murni yang tersendiri untuk disampaikan pada penonton.

Kalau korang perasan, lengkap pengajaran yang ditunjukkan dalam filem ini. Antaranya ialah tentang kekeluargaan, persahabatan, ketuhanan dan juga kejujuran dalam diri. In terms persahabatan, antara Adam (Zul Ariffin) dengan Johan (Remy Ishak) yang pada mulanya sebagai musuh, end upΒ menjadi orang terpenting dalam hidup dan sanggup bersusah payah demi untuk tebus kesalahan yang dilakukan.

Daripada segi ketuhanan, kita boleh tengok Adam kembali kepada Tuhan bila dia mula sedar yang dia dah jauh daripada Yang Maha Pencipta sampai lupa diri dan ketepikan sikap kejujuran demi untuk raih kemenangan.

Bagi Ainaa sendiri, filem Sangkar ialah filem terbaik setakat tahun 2019 sebab penampilan pelakon yang sesuai dan jalan cerita yang mudah difahami dan diterima. Kalau sentuh bab pergaduhan antara dua hero MMA ini, memang tak banyak sebab tak semua orang suka tengok bab aksi ganas sangat. That’s why ada diselitkan scene lucu sampai buatkan korang sendiri tak sangkaΒ akan ada benda kelakar.

Tapi apa yang lagi best ialah bila ada scene Zul Ariffin kena lempang dengan Mira Filzah! Fuhh kalau korang perasan Zul dan Mira ada repost behind the scene waktu aksi tampar menampar. Kata Zul dalam 10 kali juga dia kena lempang dengan Mira untuk nampak real! Agak-agak sakit tak Zul kena lempang dengan Mira? Ke Zul sendiri rasa macam geli-geli je since dia pun boleh tahan sado juga! Setakat kena lempang dengan Mira tu apa la sangatkan? Hehe!

Ainaa tak nak cakap banyak, korang kena tengok sendiri la filem Sangkar! Sekali tengok mesti korang rasa nak tengok lagi. Make sure fokus betul-betul sebab ada a few scene kelakar dan juga sedih. Pergi beli tiket cepat sebelum habis!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Umur 20 Tahun, Wani Buat Event Untuk BTS ARMY!

Tips Vokal Suara Sedap Kalah BBNU