in ,

Zul Ariffin Bergaduh Dengan Remy Ishak?

Sumber gambar: https://www.thelaki.com.my/buku-bertemu-ruas-remy-ishak-vs-zul-ariffin/

Korang tahu tak baru-baru ini Zul Ariffin bergaduh dengan Remy Ishak? Bergaduh tentang apa pun Zoe tak tahulah… Haish! Macam pelik dah dewasa pun nak bergaduh bertumbuk, tak faham betul. Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya.. #jkjk

Opss girls! Mana ada mereka dua bergaduh betul-betul, mereka beradu dalam gelanggang je. Zoe saja gurau tadi, sebenarnya Zoe nak kongsikan tentang filem baru mereka yang akan datang pada 29 Ogos iaitu filem Sangkar. Untuk pengetahuan korang filem Sangkar adalah filem arahan salah seorang pengarah terbaik negara iaitu Kabir Bhatia.

Sumber gambar: 

Filem gandingan Zul Ariffin dan Remy Ishak sudah lama dinanti oleh peminat mereka. Iyalah, siapa saja yang tak tunggu bila kedua hero Malaya disatukan dalam filem betul tak? Okay, filem ini sebenarnya mengisahkan kehidupan dua orang yang power dalam Mix Martial Arts (MMA).. Dan kalau korang nak tahu apa yang jadi mestilah kena tengok di pawagam nanti okay!

Sumber gambar:

Melalui filem ini, bolehlah korang tahu sedikit sebanyak tentang MMA. Mana tahu lepas tengok terus nak belajar seni pertahankan diri? Selain itu, dalam filem Sangkar juga ada James McSweeney iaitu pemenang MMA bagi beberapa pertandingan tapi sebagai pelakon tambahan saja! Makin semangat nak tengok filem Sangkar bila ada orang yang betul-betul champion dalam real life fight hero Malaya kita. Kalau #Lunagirls nak tahu siapa akhirnya yang menang kenalah tengok nanti..

Sumber gambar:

Untuk korang yang suka filem genre action seperti Sangkar bolehlah ajak kawan atau keluarga tengok cerita ini di pawagam yang berdekatan dengan rumah korang. Nanti dah tengok, jangan share spoiler dekat kawan pula. Jomlah kita support industri filem negara sama-sama okay!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Boys Kena Alert! Ini Tanda Girl Suka Dekat Korang

Superhero Jeon Jungkook Selamatkan Turtle?