in ,

#ZoExercise Cuba Cardio Ala Jungkook BTS

Sumber gambar: instagram.com/zoe_lunaria

Jeon Jungkook BTS, memang tipu sangat kalau ramai yang tak kenal dia. Even yang bukan BTS ARMY pun mereka tahu Jungkook itu siapa betul tak? Sebab dalam BTS Jungkook ini memang antara anggota BTS yang paling ramai peminat dan namanya sentiasa disebut sampai selalu sangat trending once dia post apa sahaja di media sosial. Bukan itu setakat visual dan rupa dia sahaja yang selalu menarik perhatian ramai orang, malah bakat dan hobi Jungkook juga sentiasa menjadi perhatian ramai orang sebab Jungkook ini orangnya sangat aktif dan cergas, hmm! Sebab itu lah suara dan banyak sangat benda dia boleh buat kan? Bercakap tentang aktif dan cergasnya Jungkook dalam banyak sukan, Jungkook ini memang ramai ARMY yang tahu dia ini suka pergi bersenam di gym dan setiap kali dia pergi tour pun dia akan cari gym dulu. Selain dari itu, kalau tak pergi gym pun, Jungkook dia sangat gemar buat beberapa senaman ringkas seperti kardio supaya badannya kekal bertenaga. Jadi, jom kita cuba beberapa senaman kardio yang Jungkook selalu buat kalau dia tak pergi gym.

JUMPING JACKS – SQUATS – PUSH UPS

Sumber gambar: zoe_lunaria

Pertama sekali, korang mesti lah kena panaskan badan dulu sebelum nak buat kardio lain. Biasanya, cukup dengan jumping jacks sebanyak 20 reps pun sudah memadai. Selepas itu, korang buat lah squats dan push ups sebanyak 20 reps. Squats dan push ups ini memang sangat baik untuk bina stamina dan otot di kaki dan bahu korang. 

JUMP SQUATS

Sumber gambar: zoe_lunaria

Jika nak dibandingkan squats dengan jump squats, jump squats ini memang lebih buatkan kaki korang lebih penat sebab tenaga yang perlu korang keluarkan untuk jump squats lebih banyak daripada korang buat squats biasa. Pun sama seperti senaman kardio yang tadi, korang perlu buat sebanyak 20 reps.  

SHOULDER (PIKE PUSH UPS) – PLANKS

Sumber gambar: zoe_lunaria

Shoulder (pike push ups) ini sebenarnya lebih mudah dan ringan jika nak dibandingkan dengan push ups biasa yang kita selalu buat. Korang perlu luaskan jarak kaki korang dan pastikan badan korang di posisi V terbalik dan korang buat saja pike push ups itu seperti biasa sebanyak 20 reps. 

MOUNTAIN CLIMBERS – BURPEES

Sumber gambar: zoe_lunaria

Dua senaman kardio ini dikatakan antara senaman kardio terbaik untuk bahagian abdomen dan perut korang. Selepas korang dah buat semua set senaman tadi, korang lakukan juga mountain climbers and burpees sebanyak 20 reps sebab ia memang sangat sesuai untuk korang yang mengimpikan nak ada perut yang kecil.

CRUNCHES – LEG RAISES

Sumber gambar: zoe_lunaria

Fokusnya untuk bahagian bawah badan, crunches dan leg raises ini kalau korang lakukan sebanyak 20 reps, pasti korang akan rasa kaki korang lebih kuat tau. Jadi, kalau nak kaki korang cantik seperti Jungkook, korang rajinkan diri okay! Zoe buat yang macam ini pun dah penat tau! Hehe! Memang hebat lah siapa yang boleh buat ini setiap hari kan?

SUPERMAN – COOL DOWN

Sumber gambar: zoe_lunaria

Akhir sekali, korang bolehlah chill and relax kan sikit badan korang dengan strecthkan senaman superman sebanyak 20 reps juga. Selepas itu, jangan lupa cool down kan badan korang dengan bernafas dengan baik okay! 

Sebenarnya tak sampai 20 jenis pun senaman kardio Jungkook ini yang susah untuk korang buat. Korang tak perlu pergi gym pun boleh buat di mana sahaja. Kalau nak buat senaman Jungkook ini, korang jangan paksa diri pula. Lebih lagi yang jarang bersenam itu, pastikan korang buat slowly dahulu sebagai beginner dan lengkapkan satu set 20 reps setiap satu. Nanti, lama kelamaan selepas korang kerap buat setiap hari, pastikan korang upgrade kepada 20 reps, 3 set hingga ke 5 set pula. Setiap set itu, korang pastikan diri korang rehat selama 5 minit. Kalau nak lagi berkesan, korang jagalah juga diet pemakanan korang. Barulah nanti dapat badan idaman orang kata. Hehe! Tapi jangan ikut Zoe, selepas Zoe cuba buat senaman kardio Jungkook ini, Zoe terus makan ayam golek sebab lapar semula! Hehe! 

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments