in ,

YouTuber Tercyduk Dengan Suara Mengancam Felix Stray Kids

Sumber gambar: youtube.com/JYP Entertainment

Baru-baru ini, Stray Kids baru sahaja memuat naik dua muzik video baharu iaitu God’s Menu dan Easy. Korang dah tengok ke belum? Gempak habis gais! Sebab konsep mereka dalam video kali ini ada school bad boy but cool version. Bukan setakat itu sahaja, malah lagu ini juga telah dicipta oleh 3RACHA ahli Stray Kids sendiri iaitu Bang Chan, Changbin, Han dan juga VERSACHOI. 

Sumber gambar: lactualite

Apa yang menarik perhatian penonton dan peminat selepas menonton muzik video God’s Menu utamanya adalah disebabkan suara deep and low Felix. Ada ramai YouTuber yang terkejut dan tercyduk habis selepas dengar part Felix. Macam BRISxLIFE ini yang siap cakap “No! No! We never got to do this my guy!” dan siap bangun dari kerusi sebab suara Felix mengancam sangat! 

Lain pula dengan JREKML yang selalu follow muzik K-Pop ini pun memang shooked sampai minum air dulu dan cakap “I need a fuel…”. Part Felix dalam God’s Menu ini pun memang nampak sangat daboom! Lebih lagi suara dan lirik “cooking like a chef, I’m a 5 star michelin” itu macam kena dan in sangat! Jinjja daebak bak kata orang Korea!  

Selain dari part Felix, sebenarnya ramai juga yang suka dengan part Du du du du du du!” dalam lagu ini sebab walaupun ada sesetengah pendengar yang kata part itu pelik tapi ramai YouTuber yang berpendapat part Du du du du du du!” God’s Menu sangat hype dan nampak bersemangat! Iyalah, hype lagu ini sebab siapa sangka lirik “memasak” itu disinonimkan sebagai hidangan untuk telinga STAY dan para pendengar yang lain. 

Jadi, korang dah dengar dan tonton ke belum muzik video God’s Menu ini? Kalau belum, jom kita layan sama-sama! Mana tahu nanti lama-lama boleh jadi part of STAY? Sekali dengar terus terkasima ya. Lagi pun, korang sempat saja lagi nak layan Stray Kids sebab mereka ini baru sahaja debut tiga tahun lalu. Hmm, sempat sangat itu…nak pilih siapa bias korang. Psst, nak bias Felix pun boleh.. suara dia lain daripada yang lain! Muka pun handsome, complete package!

What do you think?

5 points
Upvote Downvote

Comments

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Trend Baju Oversized, Okay Ke Tak?

iPhone 12 Dijual Tanpa Charger, Samsung Juga Ikut Langkah