in ,

Yoo Jae Suk, Jeon So Min, Jessi & Oh Nara Bakal Ada ‘Sixth Sense’

Sumber gambar: kmania.com

Jadi lepas ini nak tengok Running Man ke nak tengok Sixth Sense?

Jangan pening gais, kita tengok sahaja dua-dua! Baru-baru ini pihak produksi tvN sedang menghimpunkan senarai pelakon untuk rancangan realiti tvN terbaru, ‘Sixth Sense’ dengan menggunakan khidmat bekas pengarah popular daripada SBS ‘Running Man’, Jung Chul Min.

Sumber mengesahkan Yoo Jae Suk dan Jeon So Min, bintang ‘Running Man’ sedia ada sudah pun menyatakan komitmen mereka untuk menyertai tvN ‘Sixth Sense’. Turut mengganggotainya ialah penyanyi kelahiran Amerika, Jessi dan pelakon Korea, Oh Nara.

‘Sixth Sense’ akan menampilkan empat hingga lima orang pelakon dan akan memulakan penggambaran pada minggu pertama Ogos ini. Tiada bayangan lanjut mengenainya melainkan ia dibuat dalam bentuk rancangan tv misteri.

Jung Chul Min memulakan kerjayanya di dalam SBS Running Man sejak tahun 2010 dan menjadi PD utama pada tahun 2017. Beliau meninggalkan ‘Running Man’ pada awal tahun 2020 ini dan SBS pada bulan April kemudian sebelum ‘Running Man’ menyambut 10 tahun tayangannya di Korea. Jung Chul Min telah pun menandatangani kontrak baru bersama CJ ENM.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Menstrual Cup Dikatakan Lebih Baik Daripada Pad Biasa

Perkara Unik Terjadi Bila Ada SOP Di Sekolah