in ,

Yay! Boleh Pakai Phone BLACKPINK!

Sumber gambar: https://www.soyacincau.com/2019/07/26/samsung-galaxy-a80-blackpink-edition-malaysia/

Mamaaaaa! Adik nak tukar phone and pakai phone edisi BLACKPINK please!

Sekarang Samsung dah keluarkan set phone baru jenama A80, jam tangan with earbud bertemakan BLACKPINK! Fuh! Dahsyat ya penangan BLACKPINK! Mula dijual di Singapura berharga RM 3607. Satu set ini korang akan dapat ketiga-tiga produk tersebut tau.

Sumber gambar: https://www.reddit.com/r/BlackPink/comments/c8udkn/190704_samsung_galaxy_a80_blackpink_edition/

FYI, set yang dikeluarkan ialah edisi terhad di mana fans boleh dapatkan di semua outlet Samsung atau di Lazada bermulai hari ini! Tak dinafikan harganya agak mahal, tapi kalau dah minat dan kroang adalah BLINKS sejati, tak kisah untuk beli! Dan yang penting sekarang ialah mulai hari ini Galaxy A80 edisi BLACKPINK dah masuk ke pasaran Malaysia!

Apa yang lagi best dalam edisi phone ialah korang dapat akses secara eksklusif semua tentang BLACKPINK dekat dalam Galaxy A80 tau. Bertambah cute bila animation BLACKPINK akan tertera dekat screen setiap kali nak on phone. Bukan itu saja, theme BLACKPINK pun ada juga tau.

Sumber gambar: https://www.businessinsider.sg/samsung-is-releasing-a-blackpink-galaxy-phone-watch-and-earbuds-in-singapore-but-itll-cost-fans-s1200-a-set/

Untuk edisi kali ini, phone Galaxy A80 memiliki tiga combination camera 48MP utama dan 8MP camera ultrawide. Bila tangkap gambar ni confirm cantik macam ahli BLACKPINK! Mungkin korang berpotensi nak jadi the next ahli dalam kumpulan tersebut? Opss!

Bagi rekaan jam tangan pula, ia nampak sangat ringkas cuma yang menariknya ialah pada warna tema hitam dan pink! Confirm korang bertambah rasa geram bila tengok Galaxy earbud pula sebab comel sangat tau tak.. Kalau pakai satu set at the same time confirm ramai orang tengok kita, hehe!

Untuk yang berminat korang boleh ajak parents untuk usha dulu phone nanti okay! Bolehlah jadi BLINK sejati sebab dah ada barang canggih daripada BLACKPINK. Picit kaki dan kepala parents supaya dapat pujuk belikan untuk korang, eh? Hehe!

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Period Punya Pasal, Habis Semua Tak Kena!

Alamak, BFF Lelaki Suka Kita?!