in ,

Rahsia 5 ‘Bunyi’ Dari Badan! Ops!

Sumber gambar: designbundles.ne

via GIPHY

Bunyi-bunyian dari dalam badan? Apa tu? Sebab apa badan berbunyi? Jangan risau..bunyi yang di keluarkan sangat normal.. kalau tak keluar bunyi tu kita risau sikit! Hehe! Harini LUNARIA akan kongsikan rahsianya! Lepas baca mesti korang pun akan terkejut..

SENDAWA

via GIPHY

Selalu lepas makan mesti #Lunagirls akan sendawa kan? Selain tanda kenyang, korang akan sendawa untuk keluarkan udara yang masuk dalam badan..orang tua-tua kata masuk angin! Sometimes kita memang akan sedut udara masuk melalui mulut dan ia akan keluar semula dengan cara sendawa!

KENTUT

via GIPHY

Opss terkentut! Hehe! Tak kisah la kentut busuk atau wangi, ia akan berlaku waktu pencernaan makanan sedang di proses dekat dalam badan korang! Sistem pencernaan bukan je akan proses makanan jadi nutrian untuk badan tapi ia juga akan hasilkan gas hidrogen sulfida iaitu gas yang berbau. That’s why kadang-kadang kentut jadi busuk sebab gas tu keluarkan bau. Hehe!

BERSIN

via GIPHY

Biasa kalau habuk masuk dalam hidung mesti hidung rasa gatal and terus bersin! Haa bersin tu disebabkan irritation yang jadi dekat dalam hidung atau kerongkong.. Signal akan di kirim kepada otak, secara automatik mata dan mulut korang akan tertutup waktu bersin!

BUNYI PERUT

via GIPHY

Sebelum makan berbunyi, lepas makan pun bunyi juga? Haaa sebenarnya itu ialah bunyi badan korang tengah mencerna makanan.. Kalau dah cerna makanan mesti rasa lapar kan? Sebab usus korang tengah kosong selepas selesai mencerna dan proses makanan tadi!

SEDU

via GIPHY

Orang tua-tua kata kalau sedu sebab nak besar.. Haha! Tapi sebenarnya itu tanda diaphragm korang tengah bagi signal sama ada korang makan terlampau banyak atau rasa gugup yang melampau! Udara yang kita sedut tu akan stuck sebelum ia tutup vokal suara korang sekejap..

via GIPHY

Selepas ni kalau ada kawan-kawan atau family korang sendawa, tersedu atau kentut boleh la #Lunagirls share facts ni dekat mereka! Baru lah nampak korang lebih bijak daripada mereka.. Hihi!

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tips Atasi Obsession Terlampau!

#LunaSquad: Teens Zaman Dulu VS. Zaman Sekarang?