in ,

Woojin Stray Kids Keluar Dari Group?

Naver x Dispatch

Baru-baru ini, pada 28 Oktober, JYP Entertainment mengumumkan secara rasmi Woojin salah seorang ahli kumpulan Stray Kids keluar daripada kumpulan tersebut atas alasan peribadi dan telah rasmi kontraknya tamatkan di agensi berkenaan. Of course ramai Stay yang sedih mendengar khabar ini. Kiranya, tinggal mereka berlapan sahaja.. Sebelum ini, JYP Entertainment sudah keluarkan tarikh untuk release mini album Stray Kids iaitu Cle:LEVANTER pada 25 November akan datang tetapi disebabkan khabar Woojin keluar, album tersebut akan ditunda pada 9 Disember nanti.

Cokodive

Selain itu, pihak JYP Entertainment juga meminta maaf kepada para Stay dan berharap mereka akan sentiasa support Stray Kids dan Woojin walaupun dia sudah keluar dari kumpulan tersebut. Walaupun berita keluarnya Woojin dari kumpulan Stray Kids ini tular, tapi dia keluar dengan cara yang baik tanpa ada masalah atau sebarang rumor dari diri dia semasa berada dalam Stray Kids.

Fun Fact! Woojin pernah menjadi trainee di SM Entertainment & FANTAGIO juga sebelum debut bersama Stray Kids!

Pin Interest

Selain itu juga, Woojin pun sebelum ini masih nampak aktif dalam beberapa promosi Stray Kids seperti comeback mereka yang baru saja keluar 9 Oktober hari itu dengan lagu Double Knot. Hmm, mungkin memang betul yang Woojin ada alasan dia tersendiri kenapa perlu undur diri dari Stray Kids sebab mesti ramai Stay tahu dan kenal dengan idola mereka yang seorang ini sangat berkelakuan baik sepanjang kariernya.

Selain berbakat bermain gitar dan piano, Woojin pun pandai dalam seni mempertahankan diri Kendo dan bercakap dalam bahasa Inggeris!

Surya

Bukan setakat itu sahaja, bahkan ramai Stay yang mendoakan perkara yang baik-baik untuk Woojin walaupun sedih dan tidak percaya dengan khabar ini. Mereka juga berterima kasih atas sumbangan Woojin dalam industri muzik K-Pop walaupun sekejap saja. Stay juga ada yang mendoakan kesihatan dan kesejahteraannya supaya Woojin dapat merealisasikan segala impiannya pada masa akan datang. 

WeHeartIt

Untuk Woojin pula, kami harap yang baik-baik untuk dia sebab dia memang boleh pergi jauh dengan suara dia yang sedap itu sebagai seorang main vocalist dalam Stray Kids sebelum ini. Mana tahu selepas dia selesaikan hal yang membuatkan dia terpaksa keluar dari group ini, dia akan gerak secara solo? Mesti akan ada Stay yang akan tetap support dia betul tak?

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Bedak Baby Bantu Hilangkan Masalah Kaki Berbau!

Ayat-Ayat Yang Bakal Buat Girls Jadi ‘Monsters’