in ,

Wonho Monsta X Undur Diri Sebab Hutang?

Sumber gambar: pinterest.com

Antara salah satu perkara yang paling buat peminat K-Pop takut dan risau adalah bila ada salah satu member dalam kumpulan kegemaran mereka keluar meninggalkan group atau group itu disband. Baru-baru ini, kumpulan Hwall sudah meninggalkan The Boyz dan Stray Kids Woojin pun sudah keluar. Kali ini giliran Wonho dari Monsta X pula yang keluar dari kumpulan pada 31 Oktober sehingga mengejutkan para Monbebe iaitu peminat Monsta X.

Sumber gambar: kpopchart.net

Starship Entertainment iaitu agensi yang menaikkan nama Monsta X telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai pengunduran diri Wonho dari Monsta X dan akan mengambil tindakan yang serius jika ada yang membuat sebarang spekulasi dari khabar ini. Starship Entertainment juga mengeluarkan kenyataan yang Wonho mengundurkan diri dari Monsta X dengan cara yang baik supaya karier ahli kumpulan Monsta X yang lainnya tidak terjejas. Korang boleh terus layan lagu-lagu Monsta X.. Nak dengar dengan kualiti yang lebih baik? Korang dapatkan EDIFIER MP80 High-Quality IP54 Dust and Splash Proof Portable Bluetooth Speaker di SuperDeals dengan harga yang berpatutan!

Sumber gambar: news.sbs.co.kr

Bagi yang belum tahu apakah penyebab Wonho Monsta X keluar adalah kerana ada seorang artis dan model Jung Da Eun mengeluarkan kenyataan bahawa Wonho atau nama sebenar Lee Ho Seok belum membuat bayaran hutang kepadanya sehingga sekarang. Jumlah hutang yang dinyatakan juga adalah sebanyak lebih kurang 30 Juta Won, lebih kurang dalam 100 Ribu Ringgit Malaysia! Woah! Banyak juga ya! Hmm, kami pun tak nak cakap lebih, biar mereka settle tepi!

Sumber gambar: koreaboo.com

Selain itu, girlfriend Jung Da Eun iaitu Han Seo Hee, tiba-tiba buat satu posting di Instagram pada 31 Oktober tetapi sudah dipadam. Dia menyatakan bahawa Wonho Monsta X pernah terlibat dengan banyak kes mencuri dan pernah masuk penjara juvenil di Suwon Detention Center pada tahun 2008. Bagi kami, apa yang dah berlalu itu biarlah jadikan pengajaran, betul tak? Dan rasanya mesti ada penyesalan dalam diri K-Idol tapi itulah hanya gara-gara tidak membayar hutang, sudah menjadi nasib yang agak malang untuk Wonho Monsta X sebab tiba-tiba saja jadi macam ini.

Tambahan, agensi Monsta X iaitu Starship Entertainment juga beritahu kepada semua pihak yang mulai 1 November Wonho tidak akan menghadiri sebarang kegiatan apa pun dan segala aktiviti Monsta X akan diteruskan seperti biasa oleh enam anggota yang lainnya bagi promosi album mereka iaitu Follow:Find You yang baru sahaja dikeluarkan pada 28 Oktober lalu. Pihak Starship Entertainment juga meminta maaf diatas segala berita yang agak mengecewakan banyak pihak khususnya Monbebe. Untuk Monbebe, korang jangan sedih sangat ya, harapkan yang terbaik untuk karier Wonho pada masa akan datang sebab mungkin dia akan jadi orang yang lebih baik.

Tidak lama selepas pengumuman dari agensi Starship Entertainment, Wonho juga turut menulis satu mesej untuk Monbebe dan menyatakan penyebab dia minta undur diri dari Monsta X bukanlah hanya disebabkan hal ini tapi ada lagi beberapa hal yang dia tak dapat nyatakan. Selain berharap Monbebe memaafkan segala hal yang terjadi dan tetap menyokong Monsta X sampai bila-bila. Take care oppa!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Ikut Tips Tepis Cyber Bully Cara Artis Malaysia

Apa Nak Buat Bila Parents Selalu Tipu