in ,

WINNER Lancar Album Ketiga Tanpa Jinu Di Sisi

Sumber gambar: www.koreaherald.com

Lain sangat rasa bila Jinu tak ada semasa WINNER release album mereka! Oh my oppa! I miss youuuu..

Sumber gambar: Soompi.com

Hari ini merupakan pelancaran album ketiga WINNER! Dan untuk pertama kalinya WINNER tidak cukup ahli semasa pelancaran itu dilangsungkan. Ramai Inner Circle terkesan dengan ketiadaan Jinu tapi mereka tetap bersama menyokong WINNER! Good job guys!

WINNER melancarkan album ketiga mereka berjudul ‘Remember’ pada hari ini seminggu selepas single ‘Hold’ dikeluarkan. Walaupun kebanyakan Inner Circle masih belum dapat menerima kehilangan Jinu yang telah diarahkan untuk berkhidmat dengan ketenteraan selama 2 tahun tapi mereka masih setia menanti album tersebut.

Sumber gambar: YouTube WINNER

Dikatakan dalam album tersebut, WINNER meluahkan perasaan terbuku di hati mereka selama ini. Maksudnya, lagu-lagu dalam album tersebut mempunyai mesej istimewa untuk peminat mereka. Album tersebut turut mendedikasikan ketiadaan Jinu dengan lagu solonya, ‘Dduk’ yang digubah sendiri oleh Kang Seung Yoon. Untuk Inner Circle yang stan Jinu, mesti korang akan suka lagu ini! Lagu tersebut dikatakan seperti ucapan selamat tinggal, tapi sebenarnya, watak-watak utama di dalam lirik ini tidak akan berpisah. WINNER tetap satu!

Sumber gambar: YouTube WINNER

Kim Jin Woo atau Jinu merupakan ahli pertama WINNER yang tersenarai untuk pergi berkhidmat dengan ketenteraan. Gambar pertama Jinu telah dikongsi oleh pihak ketenteraan pada 8 April lalu. Di dalam gambar tersebut, Jinu nampak happy.. jadi Inner Circle jangan risau okay!

Sebelum pelancaran album WINNER, Kang Seung Yoon sempat juga berkongsi pekembangan Jinu dan menyatakan Jinu okay sahaja di sana. Walaupun mereka sempat sembang 5 minit sahaja, tapi Kang Seung Yoon yakin dengan nada suara Jinu gembira.  Katanya Jinu terima layanan yang baik daripada comrades di sana dan meminta peminat untuk tak risau tentangnya.

Kang Seung Yoon juga kongsi the group’s new release. Dia Bagi sneak peak 16 saat spoilers yang terdiri daripada 4 saat previews setiap ahli WINNER. Katanya album kali ini sangat bernilai untuk mereka sebab ia datang dari hati setiap ahli. Di dalam album tersebut akan ada 4 tracks istimewa dan beberapa lagu most loved song pilihan setiap ahli daripada album pertama mereka.

Menurut YG Entertainment, selepas pelancaran ini, WINNER akan berebut seketika. Ini merupakan rehat mereka yang pertama sejak debut 2014. Wow! Selepas hampir 6 tahun baru mereka boleh betul-betul fokus dengan kehidupan peribadi masing-masing jadi setiap ahli WINNER akan teruskan karier solo mereka.

WINNER yakin lagu mereka berjudul Remember akan jadi satu lagu yang akan memberi kesan kepada peminat mereka. Kalau korang nak tahu, baru beberapa jam release lagu tersebut dapat berjuta views! Hebat Inner Circle!! Kalau ada antara korang belum dengar lagi lagu ini, LUNARIA sarankan korang layan sekarang.. betul-betul terkesan!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Keistimewaan Sebenar Jadi Seorang Perempuan

Dekorasi Bilik Tidur Boho Style Untuk Girls