in ,

WhatsApp Group Dah Tak Boleh Invite Orang Lain Sesuka Hati

Sumber gambar: khaleejtimes.com

Aplikasi Whatsapp adalah aplikasi yang paling ramai antara kita guna untuk hantar text kepada orang sebagai medium untuk kita berbual dan berhubung di negara ini. Whatsapp juga antara aplikasi yang tidak pernah berhenti untuk menginovasikan sistem penggunaan bagi memudahkan dan menjaga privasi penggunanya. Selepas satu pembaharuan, akan ada lagi pembaharuan yang mereka set untuk jutaan pengguna. Untuk pengetahuan korang, sekarang ini Whatsapp sudah buat satu feature yang memang ramai orang suka iaitu khusus untuk korang yang kurang minat dengan group chat yang banyak di Whatsapp itu, yeay

Sumber gambar: geny medium

Korang mesti banyak sangat group chat dalam Whatsapp, betul tak? Group chat keluarga, kelas, bawang, game, squad dan banyak lagi kan? Kadang-kadang, dalam group itu korang tak aktif sangat pun dan sampai ignore saja notification itu tanpa baca. Atau korang jenis yang layan saja? Hehe. Untuk korang yang jenis tak suka banyak chat dan group chat itu, korang mesti suka dengan feature baru yang Whatsapp baru update ini.

Sumber gambar: Manado

Untuk feature Whatsapp yang baru ini, ia mampu kendalikan satu sistem yang mana korang sendiri yang boleh tentukan korang nak masuk group chat mana sahaja yang korang  nak masuk. Selain itu, korang sebagai pengguna pun boleh kawal text mana sahaja yang korang boleh terima untuk masuk dalam group chat korang.

Sumber gambar: NST

Kiranya, admin group chat selepas ini tidak boleh main suka hati untuk invite orang lain dalam group chat sesiapa. Mereka hanya dibolehkan kalau korang dah allowed kan sahaja, kemudian admin perlu request dekat korang sama ada nak join group chat itu atau tidak. Jadi selepas ini, korang tak ada rasa semak dan serabut sangat dengan banyak group chat. Memang bestkan! 

Sumber gambar: Hindustan Time

Kalau korang yang belum tahu bagaimana untuk aktifkan sistem privasi ini, korang pergi sahaja pada Setting dalam aplikasi Whatsapp itu, kemudian klik pada Account, pilih Privacy, seterusnya Group dan dalam salah satu antara everyone, my contacts atau my contacts except itu korang pilihlah yang mana korang suka. Jika korang pilih my contacts hanya yang dalam contacts korang sahaja boleh invite korang dalam group chat dan bagi my contacts except hanya orang tertentu sahaja dalam contacts korang yang boleh invite. 

via GIPHY

Memang senang sangatkan? Menjaga privasi Whatsapp korang pun adalah sesuatu yang sangat penting untuk kebahagiaan korang yang tidak suka layan perbualan dalam Whatsapp sangat dan tunggu apa lagi! Buatlah sekarang! Hehe

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Cara Isi Masa Lapang Selepas SPM

Senarai Kerja Part-Time Selepas SPM