in ,

WhatsApp Akan Update Filter Baru!!

Sumber gambar: https://www.androidpit.com/whatsapp-update

Walaupun baru-baru ni WhatsApp ada alami masalah sikit, tapi tu tak buatkan ia putus asa untuk terus bagi yang terbaik pada pengguna. Dengarnya ada macam-macam features baru untuk update kali ni. Tak kisah la korang pakai phone Android atau iOS sekali pun, still boleh update untuk dapatkan filter terbaru ni. Dengarnya pada tahun ni juga akan release, so tunggu apa lagi girls? Check it out okay~

DARK MODE

Sumber gambar: https://www.idownloadblog.com/2018/10/22/whatsapp-testing-dark-mode/

Lepas Twitter dan YouTube, pengguna WhatsApp pun bakal merasai keseronokan dark mode. Lepas ni tak ada la sakit mata sebab asyik tenung je screen bila tengah syok main layan chat! At the same time, bateri phone korang pun akan lebih jimat. Cuma kalau korang pakai screen protector jenis privacy, jadi susah la nak tengok WhatsApp sebab nanti nampak gelap je semuanya, hehe!

PENAMBAH BAIKAN VOICE NOTE

Sumber gambar: https://techiedad.me/whatsapp-voice-note-alert/

Before this kalau nak dengar voice note yang orang hantar tu kena tekan one by one kan. But after this no more! Korang tak perlu tekan satu demi satu then kadang-kadang kena replay balik sbb tak sempat dengar. Update kali ni korang just perlu kena sekali je button play tu dan boleh dengar sampai habis even voice note tu ada sampai 10 sekali pun.

CONTACT FAVORITE

Sumber gambar: https://xfreeshare.blogspot.com/2017/10/cara-menyematkan-pesan-chat-whatsapp-di-iPhone-Android.html

Untuk update yang ni ia akan dilancarkan terlebih dahulu pada pengguna Android. Filter ni secara automatik akan menampakkan contact yang korang selalu berhubung melalui WhatsApp setiap hari. Tak perlu tekan pinned chat pun ia masih akan berada dekat atas sekali. Tapi for this one still tak confirm lagi sama ada ia akan berjaya direalisasikan atau tidak.

STALK TANPA KANTOI

via GIPHY

Since dekat WhatsApp pun boleh update status, of course la kita boleh stalk orang lain yang ada dalam contact kita. Biasanya kalau kita on bluetick, owner status akan tahu sama ada kita dah tengok atau belum status yang di post. But this time no more! Even korang on bluetick pun, orang tu takkan tahu yang korang dah tengok status tersebut. Menarik kan?

Tunggu apa lagi girls? Pergi la update apps Whatsapp korang sekarang. So far Ainaa dah dapat filter voice note tu which is tak perlu nak tekan one by one. Korang pula macam mana?

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kreatif! Budak 10 Tahun Buat Replika Rumah Lidi!

Cara Nak Tahu Makeup Dah Expired! 😷