in ,

Main Phone Dalam Kereta Boleh Mabuk?

Sumber gambar: Youtube.com

via GIPHY

Musim cuti sekolah ni la paling best ajak parents berjalan sana sini! Balik kampung, holiday dekat pantai, buat aktiviti lasak.. ehh banyak lagi lah! Tapi kalau kena duduk dalam kereta for a long journey, mesti akan rasa mabuk kenderaan! So today, LUNARIA nak kasi tips apa yang korang perlu buat kalau tak nak potong mood holiday! Sambil dalam kereta tu, korang jangan lupa layan Playlist Hot X!

KENA MAKAN

via GIPHY

Before start your journey, make sure #Lunagirls and family dah isi perut dulu.. Kalau tak sempat makan dekat rumah, ajak parents korang singgah sekejap dekat mana-mana RNR pun okay je! Bukan apa, perut kosong ni la salah satu sebab utama kenapa korang mudah rasa mabuk dan mual bila terlalu lama dalam kereta!

ELAKKAN MEMBACA

via GIPHY

Dengan kereta yang bergoyang-goyang dan kalau korang keep on reading, confirm akan rasa pening kepala dan mual! Pandangan yang tak jelas akibat pergerakkan dalam kereta tu akan buat korang rasa macam tu.. Oh, dan main phone pun kalau boleh elakkan tau girls! Sebab tu pun akan buat korang rasa mabuk kenderaan!

JANGAN PASANG PEWANGI KERETA

via GIPHY

Actually tak semua perfume kereta boleh ‘masuk’ dengan hidung korang.. Sometimes bau wangi sangat pun akan jadi sebab utama rasa mual tau! Tapi kalau bau tu dah sebati dalam kereta, korang kena get ready dengan minyak angin untuk kurangkan rasa mabuk okay?

READY UBAT

via GIPHY

Kalau #Lunagirls seorang yang mudah mbuk kenderaan, siapkan ubat sebelum bertolak untuk perjalanan yang lama. Nak senang, makan terus ubat tu sebelum mulakan perjalanan ya! Bak kata pepatah.. sediakan payung sebelum hujan.. Hehe!

LUNARIA harap holiday korang akan berjalan dengan lancar sepanjang cuti sekolah ni!  Cuti pun tinggal berapa hari je lagi.. Enjoy your holiday ya girls~

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Dalam Perut Ada Asam Lambung? What!

Eww! Salah Saiz Kasut Punca Kaki Berbau!