in ,

Weapon Paling Power? Mestilah Doa Ibu!

Sumber Gambar: https://travelblog.astadala.com

Sebagai seorang anak kita haruslah selalu mendengar segala pesanan ibu bapa kita, mungkin mereka akan mengulanginya beberapa kali tapi itulah penguat kita sekiranya kita dalam kesusahan. Lagi-lagi pada korang yang duduk asrama, berjauhan dari ibu bapa mesti banyak pesanan yang mereka tinggalkan? ini adalah collection pesanan yang selalu ibu bapa akan ingatkan.

BERBUAT BAIKΒ 

via GIPHY

Tiada ibu bapa yang akan mengajarnya anaknya melakukan kejahatan, tetapi lebih kepada kebaikkan. Setiap kali sebelum pergi ke asrama mesti ibu akan pesan “Jaga diri, jangan buat benda tak elok, dan berbaik dengan semua orang” dengan pesanan sebegini, ibu korang pasti akan mengharapkan korang untuk mendengar dan menurut.

JANGAN LUPA MAKANΒ 

via GIPHY

Ha! Benda yang sangat remeh, tapi pesanan ni bermakna tau sebab ibu bapa mana nak tengok anaknya sakit. Kalau dekat rumah pun ibu kita dah bising kalau kita tak makan, macam mana pula bila kita berada diluar rumah, dia pasti akan risau. Jadi dengan pesanan yang dia beri melalui whatsapp atau sebelum korang keluar tulah akan sedikit melegakan mereka.

BERSABARΒ 

Sumber Gambar: https://www.getsmartaboutdrugs.gov

Kadang mesti akan ada masa kita mengadu kepada ibu bapa kita tentang pelajaran, orang sekeliling dan segala ujian hidup. Mungkin ayat dari ibu bapa korang hanya perkataan “sabar, ini dugaan”, tapi itu sebenarnya betul ye #Lunagirls kerana mereka ingin korang belajar bersabar dengan segala dugaan mendatang. Sekiranya mereka memanjakan korang, sampai bila-bila korang tidak akan berdikari.

DOA IBUΒ 

Sumber Gambar: https://ragamanak.com

Korang pernah dengarkan doa ibu ni adalah senjata utama dalam kejayaan hidup. Jadi sekiranya korang dalam kesedihan dan di duga oleh sesuatu ataupun nak exam, janganlah malu untuk menyuruh ibu mendoakan kejayaan juga kebahagian kita. Tapi ingat #Lunagirls sesungguhnya ibu tidak akan berhenti mendoakan kita.

Jangan sesekali menganggap pesanan ibu bapa ni satu bebanan kerana tanpa mereka mungkin kita menjadi seorang yang gagal dan tak bertamadun. Selagi mereka ada hargailah hari-hari bersama, dengar semua nasihatnya dan turuti.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Excuse Me! Macam Tu Ke Cara Minta Tolong?

‘Hot Spot’ Dalam Drama Korea #Lunagirls Harus Usha!