in ,

WAYO! Yedam TREASURE Dapat Perhatian Ramai

Sumber gambar: youtube.com/TREASURE (트레저)

Akhirnya, Bang Yedam TREASURE rasmi melancarkan lagu solonya yang bertajuk WAYO. Ada tak di antara korang semua di sini yang dah dengar lagu WAYO itu? Untuk pengetahuan korang, lagu itu baru sahaja dilancarkan pada 5 Jun lalu dan kalau korang dengar, memang best sangat! Sebab lagu yang menceritakan tentang seorang lelaki yang patah hati tanpa kekasihnya. Woah! Dengan melodinya yang harmoni dan liriknya yang mudah difahami itu. Memang akan buat korang tangkap cintan dengar lagu ini tau!

Sumber gambar: youtube TREASURE (트레저)

Single ini juga adalah tanda awal karier Yedam TREASURE sebagai penyanyi setelah 8 tahun dia menanti untuk debut dalam industri muzik. WAYO ini juga merupakan lagu single pre-release yang kalau korang nak tahu, sebelum rasminya muzik video lagu ini keluar. Sudah ramai artis YG Entertainment sudah sudah mendengar lagu ini terlebih dahulu, antaranya Rose BLACKPINK, Jeon Somi dan pelakon Lee Sung Kyung. Apabila rasmi release lagu WAYO yang buatkan hati korang tercyduk ini pun mendapat perhatian ramai penyanyi dan mereka siap buat cover lagi tau! 

 

View this post on Instagram

 

#BANGYEDAM #TREASURE #WAYO #TEASER #COVER #방예담 #트레져 #티저 #커버 #YG

A post shared by TAEYANG (@__youngbae__) on

Antara yang buat cover lagu WAYO ini adalah Taeyang BIGBANG, yang menyanyikan lagu ini sambul bermain piano, Rose BLACKPINK yang buat secara akustik, Seung Yoon Winner, Lee Suhyun AKMU dan June iKON. Woah! Semuanya artis dari YG juga ya turut beri sokongan pada lagu WAYO ini. Okay lah, bercakap tentang si pemilik suara lagu WAYO ini, Bang Yedam ini sebenarnya dah mulakan sesi traineenya di YG Entertainment sejak umur dia 10 tahun dan setelah 8 tahun. Dia adalah antara satu-satunya anggota TREASURE yang ada single solo. 

Sumber gambar: The Jakarta Post

TREASURE ini pula adalah K-Pop group baru yang akan debut pada Julai ini! Woah! Walaupun belum rasmi debut tapi Yedam dah dapat perhatian ramai ya! Lagi pun, untuk peminat K-Pop sejati, mesti korang dah tahu yang sebenarnya TREASURE ini sudah dinantikan lama oleh ramai peminat muzik K-Pop tapi disebabkan ada beberapa halangan sebelum ini mereka menjadi tanda tanya ramai orang sama ada akan di debut kan oleh YG atau tidak. 

Dalam pada itu, untuk korang yang nak kenal TREASURE ini, mereka akan ada 12 anggota iaitu Yedam, Hyunsuk, Haruto, Mashiho, Junghwan, Junkyu, Jaehyuk, Jeongwoo, Yoshinori, Asahi, Doyoung dan Jihoon. Sebelum TREASURE akan rasmi debut Julai nanti, apa kata korang layan dulu lagu WAYO ini? Mana tahu boleh jadi lullaby untuk tidur nanti? Hehe! 

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tempat Bercuti Menarik Selepas #DudukRumah

Perkara Biasa Terjadi Bila Kita Balik Kampung