in ,

Warna Lipstik Yang Rare Korang Wajib Try!

Kita perempuan selalu kalau ada sale barang make-up mesti akan borong segalanya lebih lagi lipstick.. Lepas itu, warna yang akan diambil pula banyak warna neutral sahaja.. Kemudian, bila ada event seperti makan malam yang bertema luar biasa mulalah pening nak fikir sesuai ke guna warna itu ini. Haha! Biasalah itu… tapi kenapa tidak kalau #Lunagirls cuba saja confident dengan diri sendiri untuk beli lipstick warna rare ini? Ini bukan nak kenakan korang tau! Tapi apa salahnya kalau sekali sekala kita keluar dengan kawan-kawan itu kita jadi lebih luar biasa sedikit penampilannya betul tak? Barulah awesome!

UNGU

Sumber gambar:

Warna purple memang warna yang selalunya paling on kalau yang berkulit gelap pakai. Nampak cantik sangat! Tapi tak kisahlah korang jenis kulit macam mana pun, tapi kalau #Lunagirls pakai warna ungu memang akan nampak bold dan menarik. 

MAROON

Bad girls vibe pasti akan terlihat kalau awak gunakan lipstick warna maroon. Tapi bukan bermakna korang pun kena jadi bad girl okay! Muka pun akan nampak lebih cerah kalau korang guna warna bold seperti ini. Bolehlah cuba, jika nak nampak matang di kenduri saudara pada hari cuti nanti. 

BIRU PEKAT

Sumber gambar:

Kalau sekolah korang ada hari pakaian menarik atau bagi korang pakai costume. Apa kata korang try jadi ala-ala ikan duyung ke, ratu laut ke dan lain-lain sebab nanti awak boleh pakai lipstick biru itu. Walaupun biru pekat ini nampak dramatis dan misteri tapi jika korang suka explore sesuatu yang baru boleh saja nak cuba.

MERAH SAGA

Merah saga adalah warna lipstick paling sesuai kalau #Lunagirls nak sentiasa nampak confident and sexy! Ini nak pakai waktu hari raya, hari graduasi sekolah, dinner dan bila-bila masa pun memang semua orang akan nampak awak semua dari jauh. LOL! Tapi hati-hati! Takut ada nanti yang terjatuh hati pula pada awak sebab nampak terlalu menyerlah. 

via GIPHY

Selepas ini, bolehlah #Lunagirls ada koleksi warna lipstick yang best. Tak adalah suram sangat warna kehidupan korang dengan warna neutral sahaja tapi jangan pula pakai setiap hari sampai pergi sekolah pun nak pakai lipstick warna terang ini. Nanti kena panggil dengan cikgu disiplin pula. Opss! Bergaya pun bergaya juga tapi ingat ya! Mesti kena dengan waktu dan tempatnya. 

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Boys Lagi Rendah Dari Kita Okay Ke Tak?

Simple Makeup Under 5 Minutes