in ,

Warna Darah Period Berbeza-Beza? Ini Sebabnya..

Sumber gambar: sironaindia.com

via GIPHY

Hye girls! Pernah tertanya-tanya kenapa darah period berlainan warna? Sebenarnya setiap warna darah ada maksud yang tertentu dan ia juga boleh menentukan kesihatan korang tau.. Jom tengok maksud disebalik warna-warna tersebut!

WARNA MERAH CAIR

Sumber gambar: internetsecuritysoftware.info

Kalau semasa first day period, darah #Lunagirls bee warna merah cair, maksudnya nutrisi dalam badan kurang. Salah satu lagi sebab yang dikaji oleh pakar, jika darah berwarna merah cair bermakna kurang darah atau dipanggil anaemia..

WARNA MERAH JAMBU

Sumber gambar: handbag.bapala.org

#Lunagirls aktif bersenam? Kalau ya, mungkin darah period yang keluar akan warna merah jambu.. ianya disebabkan oleh tahap estrogen yang rendah. Apabila terlebih bersenam, peredaran haid mudah terganggu dan ada kemungkinan untuk hidapi osteoporosis kalau tak dapatkan rawatan segera.. So, make sure setiap kali sebelum datang bulan, korang kena kurangkan aktiviti senaman tu ya.

WARNA MERAH GELAP

Sumber gambar: fempositive.com

Alamak, takutnya bila darah wana merah macam ni sampai ada keluar ketul-ketul! Teksturnya pun macam jam strawberi dah! Warna ni terjadi apabila tahap progesterone korang rendah dan estrogen pula tinggi. But if ketulan tu besar dia lain macam, maybe korang tengah ada masalah ketidakseimbangan hormon. So, kalau nak elakkan benda macam tu jadi, kena banyak makan kacang, produk tenusu dengan makanan manis.

WARNA COKLAT GELAP

Sumber gambar: pinterest.com

Sekali pandang rasa nak menjerit pula tengok warna darah macam tu! Haa untuk #Lunagirls yang kurang minum air, kena take note okay? Kalau kurang minum air, darah akan sukar untuk diproses.. But no worries ya, setiap orang akan alami benda yang sama pada awal atau hujung kitaran haid.

WARNA MERAH TERANG

Sumber gambar: pond5.com

Congratulation girls kalau darah korang warna merah terang! Kalau darah period berwarna merah terang, maksudnya period korang dalam keadaan normal! Setiap orang takkan sama warna darah periodnya tapi kalau setiap bulan darah korang warna merah terang, maksudnya hormone dalam keadaan normal.

via GIPHY

Apa pun warna darah period #Lunagirls, pastikan jaga kesihatan and always amalkan rutin yang boleh elakkan daripada korang jatuh sakit waktu period. Tapi kalau korang ada apa-apa masalah waktu period, cepat-cepat jumpa doktor okay girls.

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments