in ,

Wakil Marching Band? Cheerleader? Korang Memang Power!

Sumber gambar: hdwallpaperim.com

via GIPHY

Setiap sekolah mesti ada melahirkan student yang hebat! Tak kisah dalam apa-apa aktiviti sekali pun.. Ada yang jadi wakil sekolah dalam acara masing-masing sampai ke peringkat antarabangsa, tau! Power! Selain dapat mengharumkan nama sekolah, boleh buat kawan baru juga tau! Hihi! Jom tengok ada tak nama sekolah korang dalam list LUNARIA harini…

VISTORIA INSTITUTION – MARCHING BAND

Sumber gambar: themalaysianinsight.com

Nama sekolah VI memang tak boleh dipisahkan dengan acara marching band! Setiap tournament marching band, mesti nama VI berapa dekat tempat pertama. Mereka juga dapat gelaran juara pada pertandingan World Association of Marching Show Bands (WAMSB) World Championship yang diadakan dekat Taiwan pada Ogos tahun lepas! Power la korang ni boys!

SEKOLAH MENENGAH SRI KUALA LUMPUR – CHEERLEADERS

Sumber gambar: www.star2.com

Walaupun nama team cheer Cyrens from SMK Sri Kuala Lumpur kurang dikenali, tapi Cyrens berjaya menang dalam pertandingan Cheer 2015 yang lepas! Rupanya team Cyrens pun selalu join tournemant juga dan mereka selalu berjaya dapatkan tempat dalam setiap pertandingan. Congratulation girls!

SEKOLAH SERI PUTERI – DEBATE

Sumber gambar: Twitter Sarrah Salihan

Nama Sekolah Seri Puteri mula dikenali since team debate mereka join pertandingan debate Piala Perdana Menteri 2018 yang lepas! One of the team which is Sarrah Salihan jadi highlight waktu tournament tu sebab keberanian dia membalas perdebatan dengan pihak lawan dari Malay College Kuala Kangsar!

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AMINUDDIN BAKI – CHORAL SPEAKING

Sumber gambar: www.gpsbestari.com

Nak menang choral speaking ni bukan senang tau.. Sebab kena ada strategi yang tertentu tau! Bukan main cakap je.. Hihi! Tahun lepas pun team mereka baru je menang Pertandingan Akhir Choral Speaking Peringkat Kebangsaan anjuran Bank Rakyat!  Kemenangan mereka juga ditentukan dengan jumlah vote dekat YouTube.. Unik kan!

Girls, tak kisah la apa sekali pun aktiviti sekolah yang korang join, once dah masuk cuba untuk usaha beri yang terbaik dan menang! At least kita akan rasa puas atas hasil usaha dengan kawan-kawan.. Apa pun good luck pada #Lunagirls yang join apa-apa pertandingan dekat sekolah tu!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Pakai Tudung Rambut Busuk? Eeeww!

Phone Kalis Air Ni Cool Gila!