in ,

Wajib Ke Charge Phone Baru 8 Jam?

Sumber Gambar: Sumber Gambar: https://gizmodo.com/

Wow! Awak beli phone baru ke? Untung laaaa.. Eh tapi jangan lupa cas 8 jam tau!

#Lunagirls pernah dengar petua ni tak? Selalunya abang kedai phone pun suka bagitahu petua ni.. Katanya bila cas phone 8 jam, dapat menyelamatkan bateri phone tu untuk tahan lama dan tak mudah rosak! Hmm, ada sesiapa masih ikut cari ni? Korang pasti ke betul? Ha! Kalini Ummi akan bongkarkan petua ni fakta atau auta! Jeng jeng jeng..

AUTA

via GIPHY

Ini semua auta! Fake news girls! Sekarang, korang nak charge berapa lama pun boleh sebab phone sekarang bila ia dah penuh ia akan stop charging sendiri walaupun suis masih hidup! Dah nama smartphone, jadi ia smart dalam membuat keputusan.. Hehe! Cuma yang akan problem ada cable korang cepat rosak, sebab panas sangat.

Fakta

via GIPHY

Kalau #Lunagirls pakai phone Nokia 105, barulah kena cas phone 8 jam! Sebab ia menggunakan bateri Nikel Kadimum.. Bateri ni tidak mempunyai “memory effect” untuk kapisiti bateri itu, selagi korang charge ia akan masuk, dan juga tidak mempunyai ketahanan yang tinggi. Sebab tu kalau korang perasan, baterinya akan mudah kembung kalau kita cas lama-lama!

FUNGSI BATERI SMARTPHONE

via GIPHY

Bateri smartphone pula menggunakan bateri Li-Ion atau pun Li-PO! Kedua-dua bateri ni tidak akan mengalami sindrom “memory effect”. Sebab bateri ni mempunyai kapisiti tersendiri, jadi bila dah penuh, ia akan hentikan aliran elektrik secara automatik! Tapi korang still kena tutup suiz selepas cas tau.. jimat elektrik!

KESIHATAN BATERI

Sumber Gambar: https://www.macworld.com

Kalau #Lunagirls nak bateri tahan lama, korang jangan sesekali biasa biarkan bateri dah 10% baru nak cas! Sebaiknya charge masa bateri tinggal 40% untuk meningkatkan jangka hayat bateri dan tidak mudah rosak! Kalau bateri korang problem tu, tu bukan sebab over charge tapi sebab suka buat macam ni..

Jangan lupa kalau beli phone tu, study sikit buku manual phone dan check ia pakai jenis bateri apa! Kalau tak pun, boleh je tanya abang kedai phone tu.. minta dia terangkan okay? Hihi? So sekarang korang pakai phone apa? Meh share dengan Ummi.. komen dekat bawah okay!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Instagram Hacks Untuk Acah-Acah Instafamous!

Takut IC Hilang? Simpan Sendiri Atau Bagi Parents?