in ,

Wajib Bersihkan Bahagian Ini Waktu Mandi

Sumber gambar: YouTube Pandathinks

Ada orang yang mandi lama dan ada juga mandi sangat sekejap tak sampai lima minit. #Lunagirls yang mana satu? Kalau Zoe mandi memang tak ingat dunia dan sangat lama. Tak kisah nak mandi lama atau sekejap pun tapi kalau tak bersihkan bahagian tertentu akan sia-sia saja mandi kita.. Sebab masih berbau dan bahagian-bahagian ini pun ada bahagian yang tak ramai yang tahu kena cuci, meh Zoe kongsi sikit bahagian mana yang patut korang bersihkan juga waktu mandi.

BELAKANG TELINGA

Sumber gambar:

Pernah tak #Lunagirls tengah gatal belakang telinga lepas itu korang garu dan lepas itu hidu? LOL! Jangan tipu, mesti ada yang pernah buat macam itu betul tak? Sebab itu setiap kali waktu mandi, sambil korang syampu, kita perlu cuci area belakang telinga guna buih syampu rambut. Tak perlu beli sabun tertentu pun dan selain itu korang boleh bersihkan sekali dalam telinga, kalau tidak penuh kerak nanti.. Haha!

TEPI HIDUNG

via GIPHY

Bahagian tepi hidung korang pun boleh berbau tau kalau kita tak pernah dibersihkan. Bila cuci muka, korang bukan setakat perlu fokus bahagian yang mudah berjerawat tetapi bahagian T-zone juga ya! Sebab kalau korang tak bersihkan, bau dia lama-lama memang pelik tau dan ia juga boleh menyebabkan garis hidung korang nampak lebih gelap.

PINGGANG

via GIPHY

Kalau yang ini memang ramai yang tak selalu buat sebab rasa macam dah bersihkan satu badan waktu kita sabun. Untuk pengetahuan awak, kalau kita tak bersihkan ia boleh menyebabkan daki berkumpul di bahagian pinggang dan menyebabkan pinggang kita akan ada lingkaran gelap tau. Jadi, tolong make sure korang scrub seminggu sekali ya.

PUSAT

via GIPHY

Macam tipu saja kalau bosan-bosan tak garu pusat kan? Haha! Cuba check korang punya pusat sekarang? Ada bau ke tak? Ada daki ke tidak? Kalau dah pinggang pun jarang bersihkan, mesti bahagian pusat pun jarang buat betul tak? Pusat pun korang wajib jaga dan bersihkan tau, bukan apa, ini cuma untuk kebersihan diri sendiri saja.

Jadi selepas ini, korang kena ingat tau untuk jaga bahagian-bahagian yang Zoe cakap tadi. Sebab ia untuk kebaikan diri korang juga dan lepas ini tak ada bahagian lain yang berbau dah. Kiranya, mandi korang itu dah sempurna kalau bersihkan semua bahagian itu dan kalau nak bersihkan bahagian seperti belakang lutut, belakang lengan dan lain-lain. Tak perlu sental hari-hari pun tak apa asalkan dalam sebulan itu buat dengan kerap pun okay. 

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Gaya Rambut Lelaki Yang Tak Onzz, Mungkin Bakal Di-Reject

Makanan Sihat Pun Buat Berat Badan Naik Juga 😳