in ,

Victor The Drum Destroyer Diarah Keluar Band

Sumber gambar: www.bilibili.com

Baru-baru ini, macam agak kecoh juga industri muzik Korea sebab ada seorang drummer dari band About U yang baru sahaja debut tiba-tiba dia kena keluar dari band tersebut sebab dia patahkan drum stick di atas pentas siaran langsung SBS.  Memang agak mengejutkan sebab Victor iaitu bekas drummer About U ini dia cakap dalam vlog dia di YouTube yang band dia baru sahaja debut tiga minggu dan dia perlu keluar sebab katanya patahkan drum stick itu merupakan satu keganasan. 

Untuk korang yang tak tahu lagi tentang Victor The Drum Destroyer, dia berdarah campuran Brazil dan Korea. Kalau korang tengok muka dia memang nampak macam bukan orang Korea. Bukan setakat itu sahaja, Victor juga boleh berkomunikasi dalam bahasa Korea, English, Jepun, Portugis dan Cina. Wow! Hebat betul Victor! Sayangnya hanya sebab yang kurang munasabah itu dia perlu keluar band.

Selain dari itu, Victor ini dia bukan sahaja ada bakat dalam main drum tapi dia pun adalah seorang model dan boleh berlakon jika ada peluang. Victor siap cakap yang sebenarnya dia takut nak bagitahu mak dia yang dia dah keluar band sebab sebelum ini dia spend masa sebagai trainee selama lapan tahun iaitu jangka masa yang agak lama dan tiba-tiba baru debut kena keluar band. Haha! Comelnya takut mak…

 

View this post on Instagram

 

I want to be your only one #드럼좌 #빅터 #victorthedrummer #jinjaman @jinjaman92

A post shared by 드럼좌 Victor the drum destroyer (@victor_thedrummer) on

Walau bagaimanapun, selepas nama Victor ini naik di industri muzik Korea. Memang ibarat cendawan tumbuh selepas hujan, rezeki dia sangat sebab dia diterima ramai netizen Korea. Iyalah, dah ada rupa dan berbakat pula kan sesuai sangat dengan apa yang dia buat sekarang ini untuk fokus jadi full time Youtuber. Ada juga yang tanya Victor, tak nak cuba untuk masuk ke agensi lain ke? Victor lebih memilih untuk bergerak sendiri dahulu sebab dia tak nak terikat dengan kontrak yang kadang-kadang tak masuk akal seperti korang yang memang peminat muzik Korea mesti tahu kan bagaimana ketatnya mereka dikawal.

 

View this post on Instagram

 

The reason I wake up, The reason I woke up #victorthedrummer #드럼좌 #빅터한배식갈바오 #musicismylife

A post shared by 드럼좌 Victor the drum destroyer (@victor_thedrummer) on

Apa pun kita doakan Victor boleh pergi jauh dalam industri muzik Korea sana sebab selain boleh bermain drum, gitar, bass dan vokal pun dia boleh juga tau. Zoe dah bias kat Victor, korang bila lagi? Hehe!

Sumber gambar: myasianartist

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

‘Kesan’ Bila Banyak Sangat Tengok K-Drama

Bang Bang Con! Concert BTS Khas Untuk BTS ARMY #DudukRumah