in ,

V Dan Accessories Kepala Berpisah Tiada ♡

Sumber gambar: https://www.koreaboo.com/lists/bts-v-unique-headwear-items/

Bila cerita pasal Kim Taehyung atau V BTS, korang akan ingat apa? Kalau Ummi akan teringat pasal transformasi rambutnya yang colorful dan accessories rambut yang selalu dia guna. Hm! V ni sangat up-to-date in fashion kan? Macam-macam jenis fashion yang dia berani pakai seperti…

TOPI BERET

Sumber gambar https://www.soompi.com/article/1144243wpp/9-fashion-styles-btss-v-known-effortlessly-rock

Ramai yang tahu topi beret ni ialah simbolik bagi V, tidak kira la on stage atau off-stage dia mesti pakai. Selain tu, warna-warna beret hat yang dia pakai pun onz sangat, macam warna hitam, beige, merah dan pink. Kalau #Lunagirls nak tau, warna favourite color V ni pulak ialah black, white, green dan purple. Eh macam sama dengan Ummi je, hihi #Tiber

FIDDLER CAP

Sumber gambar: https://www.instagram.com/taehyung__bts/

Fiddler cap yang digunakan oleh para sailor (pelayar kapal) memang nampak stylish. Kalau korang perasan V banyak mengayakan topi ni dengan pakaian yang casual dan cara V pakai topi ni unik tau, sebab dia sering pakai topi tu dengan cara terbalik. Itu yang membuatkan dia kelihatan lebih chic dan stylish!

BEANIE

via GIPHY

Beanie ni sangat popular digunakan especially time sejuk, V pun tidak ketinggalan untuk mengayakan beanie ni ketika melakukan beberapa aktiviti di musim sejuk. Walaupun design Beanie ni simple je, tapi V masih nampak cute, korang setuju tak? (灬♥ω♥灬)

HEADBAND

Sumber gambar https://www.soompi.com/article/1144243wpp/9-fashion-styles-btss-v-known-effortlessly-rock

Dalam beberapa persembahan, V mesti akan memakai headband sebagai one of his trademark. Pemakaian headband ni juga membuat salah seorang dari line maknae BTS kelihatan lebih berkarisma dan bergaya. Lagipun V kan baby face, tapi kalau pakai headband ni automatik nampak handsome, hihi..

Tersenyum ke tu baca pasal one of your favorite bias punya fashion style? Hihi. Apa kata #Lunagirls try out style ni jugak, macam cute jugak kan?

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Betul Ke Siapa Lahir Bulan 5 Ni Keras Kepala?

Risau Bau Kentut Boleh Pengsankan Orang Sekeliling?