in ,

V BTS Dapat Hadiah Sebuah Sekolah!

Sumber gambar: https://artofyaya.tumblr.com

Yup! V BTS dapat hadiah sebuah sekolah daripada kelab peminatnya di Vietnam! Bersempena birthday V yang ke-24, mereka mahu berikan something special kepada V so hadiah sebuah sekolah memang sangat rare! V bukan saja dilihat sebagai hanya seorang K-Idol, tapi dia telah dijadikan inspirasi dalam banyak perkara kepada setiap peminatnya!

via GIPHY

Sekolah yang dihadiahkan kepada V berada di Dien Bien. Sebenarnya kelab peminat memberi sumbangan untuk memberikan akses pendidikan yang lebih mudah di sekolah tersebut. Derma berjumlah RM42,000 adalah untuk membina dua bilik darjah untuk kanak-kanak kurang bernasib baik. Bilik darjah tersebut akan mula dibina pada Februari tahun depan dan sebuah bilik awam juga dijangka mula beroperasi pada 5 Mei tahun depan.

Usaha kelab peminat V berbaloi menerusi projek special mereka iaitu ‘Together With Taehyung Lighting Up The Dream To School’ yang sudah dimulakan sejak empat bulan lalu. Daerah sekolah tersebut berada di kawasan pergunungan, jadi kemudahan sekolah seperti ini akan memudahkan mereka untuk apat akses pendidikan!

Sumber gambar: https://pontianak.tribunnews.com

Pelajar di perkampungan Ho Tau, Dien Bien bakal menikmati suasana pembelajaran yang lebih seronok selepas ini! Sebenarnya, V sendiri sangat terkenal dengan sifatnya yang begitu mementingkan hak kemanusiaan. LUNARIA ucapkan tahniah kepada V dan kelab peminatnya telah berjaya menyebarkan pengaruh positif ke seluruh dunia.

What do you think?

13 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Cara Study Sejarah Paling Mudah!

Baru Minat K-Pop, Tapi Koleksi Barangan K-Pop Epa Power!