in ,

V BTS Cabar Netizen Gelek Di Rumah #DudukRumah

Sumber gambar: www.somagnews.com

Omo omo! Oppa V ajak gelek? Aduh.. tengok video dia gelek buat kita geram tau! Kenapa comel sangat ni!

Siapa dah tengok video V bergelek depan TV? Video V atau Taehyung BTS tersebut telah viral dan mendapat tontonan lebih dari 8 juta dalam masa satu hari. Kalau korang nak tahu, V mempunyai rutin hariannya sendiri sempena kempen duduk di rumah kerana pandemik Covid-19 yang semakin berleluasa di Korea. Haa korang tengok, V pun #DudukRumah tau.. kita pun kena duduk rumah okay!

Baru-baru ini, Twitter akaun rasmi BTS memuatnaik video V sedang gelek tiru tarian yang ditontonnya di TV. Video klip tersebut ialah tarian retro klasik dendangan Postmodern Jukebok dengan berlatar belakangkan lagu “Closer” nyanyian Chainsmokers ft. Kenton Che. Dan caption videonya pula tertera, “Semua orang, jika korang bosan, bercakaplah dengan tv korang,” siap ada hashtag #StayatHomeChallenge. Apa lagi gais, V dah cabar kita.. korang excited nak buat tak?

Sumber gambar: Korea Boo

Video tarian V tersebut menerima reaksi postif daripada netizen sebab mereka terhibur dengan gelagat dan cara gelek V!  Malah, sekarang sudah ramai yang menyahut cabaran V tau.. pantas ya BTS Army! Agaknya antara video yang korang post itu nanti V akan tengok tak? Harapnya ada yang dia tengok dan terhibur dengan video balas cabarannya itu nanti.

Buat masa ini, BTS terpaksa hadkan aktiviti mereka walaupun album terbaru mereka, Map of The Soul 7 telah dilancarkan. Kalau korang nak tahu, mereka lebih banyak meluangkan masa di rumah tau. Mungkin inilah masa yang sesuai untuk mereka rehat seketika. Bercerita tentang MV mereka, V ada dedahkan bahawa dia sebenarnya keliru dengan mesej disebalik MV tersebut.

“Apabila saya melihat teori yang dikemukakan oleh ARMY, ramai yang memang di luar imaginasi kami.

“Saya tidak sabar untuk membaca lebih teori oleh peminat kami kali ini,” katanya.

Kalau korang BTS Army sejati, mesti korang akan perasan antara ahli BTS yang paling menonjol dalam muzik video tersebut ialah V. Setelah video tersebut release, ramai netizen puji lakonan V dan menyatakan lakonan V mampu memenangi Anugerah Oscars. Wah! Dahsyat ya pujian korang.. Agaknya lepas ini ada kemungkinan tak V akan berlakon dalam K-drama? Kalau ada, siapa agaknya yang akan jadi heroin?

Apa pun, berbalik kepada topik kita.. Jom kita ramai-ramai cuba buat challenge daripada V kali ini! Boleh juga untuk elakkan pishang duduk rumah. Aktiviti biasa kita akan buat semestinya makan, makan dan makan lagi.. jadi dengan adanya cabaran ini boleh juga kita bersenam! Ya, gelek pun satu senaman tau.. Kalau nak lagi best, ajak sekali mak ayah dan adik beradik berzumba! Ada juga aktiviti yang boleh kita buat bersama keluarga betul tak? Selamat bergelek gais!

What do you think?

11 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Lagu Baru Hangat Artis Malaysia #SupportLocal

Cara Terbaik Kurangkan Rasa Senggugut Teruk