in ,

UPSR dan PT3 2020 Dibatalkan

Sumber gambar: www.smksungaikertas.wordpress.com

Yay! UPSR dan PT3 tak ada! Wehooo!

Alamak gais, jangan suka sangat! Kita tetap kena belajar. Pembelajaran adalah seumur hidup! Sekitar jam 4 petang tadi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah umumkan bahawa Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi 2020 dibatalkan. Perkara ini dilaksanakan berikutan wabak Covid-19.

Menteri Kanan (Pendidikan) Dr Radzi Jidin mengatakan bahawa pembatalan UPSR tidak akan menjejaskan penilaian terhadap tahap penguasaan murid selepas mengikuti pendidikan peringkat rendah kerana penilaian boleh dilakukan dengan pelbagai kaedah lain. Batch 2005 untuk PT3 tahun ini setuju tak PT3 dibatalkan?

Walaupun kebiasaannya keputusan UPSR dijadikan satu daripada kriteria pemilihan untuk kemasukan ke sekolah berasrama penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan lain-lain, pihak KPM akan memperkenalkan kaedah baharu bagi tujuan itu yang tidak hanya tertumpu kepada prestasi akademik semata-mata. Jadi, korang kena make sure buat latihan online yang cikgu suruh sepanjang PKP. Kita tak tahu mungkin markahnya juga akan diambil kira?

Untuk pembatalan PT3 pula, pihak KPM yakin ia tidak akan memberi kesan negatif terhadap penilaian tahap penguasaan murid di peringkat menengah rendah. KPM akan perkenalkan kaedah baru dan keputusan yang diperoleh dari kaedah ini akan dijadikan satu daripada kriteria pemilihan untuk kemasukan ke sekolah-sekolah khusus seperti sekolah berasrama penuh dan sekolah teknik. Jadi korang tak perlu bimbang, KPM got you!Β 

Sumber gambar: The Star Online

Pembatalan UPSR dan PT3 ini tertakluk kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan mana-mana institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM. Tetapi, KPM juga menyarankan sekolah yang tidak berdaftar dengan KPM turut mengikuti keputusan ini. Walaupun UPSR dan PT3 2020 dibatalkan, KPM akan memastikan akses murid kepada pengajaran dan pembelajaran (PdP) tetap diberikan keutamaan.

Korang juga perlu tahu bahawa pembukaan semula sesi persekolahan selepas PKP adalah tertakluk kepada perkembangan semasa dan nasihat daripada Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara. Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa setelah mengambil kira faktor keselamatan dan kesihatan murid. Jadi, korang kena terus ikuti update daripada KPM dan LUNARIA akan turut bantu korang untuk alert tarikh pembukaan sekolah selepas PKP.

Beberapa infomasi lain juga telah dikongsi oleh KPM. Antaranya:

  • Pembelajaran dirumah secara atas talian perlu ambil kira kekangan guru dan murid dalam sampaikan pelajaran
  • Perubahan tertakluk kepada hasil perbincangan (mengambil kira faktor kesihatan dan keselamatan murid)
  • KPM akan umumkan pembukaan sesi persekolahan dua minggu lebih awal
  • Spm dan sijil vokasional ditunda ke suku pertama tahun hadapan
  • Peperiksaan Semester 2 dan Semester 3 STPM diubah kepada Ogos 2020 dan suku pertama 2021
  • Tarikh masuk IPT bagi program diploma dan matrikulasi adalah pada Julai 2021 dan program ijazah pada September 2021
  • KPM akan pastikan akses murid kepada PDPc diutamakan.
  • Pembelajaran dirumah secara atas talian perlu ambil kira kekangan guru dan murid dalam sampaikan pelajaran
  • Sekolah akan dibuka kepada pelajar tingkatan 5 dan 6 dahulu
  • Penjarakkan sosial tetap akan dilaksanakan di sekolah
  • Cuti sekolah akhir tahun tidak dipendekkan

Haa dengar tak gais, cuti sekolah akhir tahun tidak akan dipendekkan! Sekarang dah hampir sebulan kita cuti, nanti hujung tahun ada cuti sekolah lagi.. Untung jadi pelajar sekolah! Tapi korang jangan pula ambil kesempatan untuk tak belajar dan tak siapkan kerja sekolah yang cikgu bagi ya. Jadi seorang yang berilmu amat penting untuk kita berjaya dalam kehidupan. Apa pun, khas untuk geng UPSR dan PT3 tahun 2020, korang kena teruskan semangat untuk belajar okay!

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Boleh Ingat Lagi Ke Kalau Study Sekarang?

Ini Cara Untuk Jimatkan Penggunaan Data Internet