in ,

Unnie So Cute! Trend Rambut K-Pop!

Sumber gambar: Lunaria.com.my

Kalau trend hijab berubah-ubah, trend rambut pun mesti berubah juga ikut peredaran masa kan? Hmmm apa ya trend rambut yang selalu artis K-Pop buat?

via GIPHY

Yuuhuu #Lunagirls! Tengah pening tak tahu nak gayakan rambut bila hang out kettew? Mesti bosan asyik ikat rambut pony tail je.. Sometimes mesti ada rasa nak tukar style tapi tak tahu nak buat style macam mana kan? It’s okay girls, LUNARIA ada untuk korang.. Ini antara style rambut artis K-Pop yang boleh korang tiru… Psst, bila lagi nak feeling ala Korean! Hihi!

BAE SU-JI (SUZY MISS A)

Sumber gambar: instagram.com/skuukzky

Walaupun muka Suzy nampak sombong, tapi dia sangat cute dan nampak sangat matang dengan rambut lepas macam tu tau! Kalau #Lunagirls selalu dandan rabut, apa kata lepas ni korang lepaskan rambut pula! Boleh berangan jadi Suzy! Hihi! Dah la suara sedap, berlakon pun power… Nak tahu apa yang lagi menarik tentang Suzy? Dia kata yang benda paling susah untuk buat pilihan ialah bila nak beli kasut sebab kaki dia besar dan kebanyakan kasut dekat Korea bersaiz kecil. Ala siannya dia..

PARK JI-HYO (JI HYO TWICE)

Sumber gambar: instagram.com/jihyo.twice

Trend rambut bob cutting ni bukan je popular dekat Korea tapi dekat Malaysia pun pernah jadi ikutan tau! Jihyo daripada girl band TWICE ni pun tak terlepas untuk ikut trend rambut macam tu and dia nampak macam teenagers dengan gaya tu! Ehemm, Jihyo ni tak makan nenas tau sebab dia ada allergic. Ada #Lunagirls yang tak makan nenas juga?

HAHM EUN-JUNG (EUN-JUNG T-ARA)

Sumber gambar: Pinterest

Selain berlakon, Eun-Jung pun aktif dalam bidang nyanyian dan tahun lepas dia dan kumpulannya, T-ARA baru je release lagu baru bertajuk What’s My Name! Kalau korang peminat drama Dream High mesti pernah nampak Eun-Jung gayakan rambut pendek paras telinga. Nampak garang tapi still maintain cantik kan? Dengan gaya rambut pendek macam tu, Eun-jung nampak lebih berkarisma bila menari.. Agak-agak style rambut macam ni #Lunagirls on tak?

JENNIE KIM (JENNIE BLACKPINK)

Sumber gambar: Facetofeet.com

Ommoo unnie! Jennie ni, buat la gaya rambut macam mana sekali pun mesti nampak perfect je! Baru-baru ni Jennie pernah buat gaya sepit rambut bersusun dalam satu majlis dan dia nampak sangat cute! Now, gaya tu dah jadi trending and ramai orang ikut susun sepit rambut untuk nampak cute macam Jennie! Maybe kalau korang pun pergi konsert BLACKPINK nanti, boleh la buat gaya rambut macam tu juga! Hehe!

Actually banyak je trend rambut artis K-Pop yang selalu jadi ikutan walaupun berubah-ubah setiap masa! Sambil asyik sibuk nak tukar gaya rambut tu, korang jangan pula abaikan penjagaan rambut tau! Minggu ini SuperDeals ada buat promosi treatment kulit kepala 9 in 1 untuk RM10 je! Kalau #Lunagirls ada masalah kelemumur, boleh cuba treatment ni!

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Mak Tiri Kejam Macam Mak Cinderella, Wujud Ke?

Banyak Baju Lama Nak Buang? Jom DIY Jadi Baru!