in , ,

Unit Uniform Mana Paling Gempak?

Sumber Gambar: https://inflagrante.co.nz

iapa dekat sini yang active untuk kokurikulum? Rajinlah korang turun padang  untuk berkawad kan? Power korang ni! Dekat sekolah korang unit uniform yang mana paling gempak? Meh share dengan Ummi! Hihi! Kalau ada yang baru nak masuk atau plan nak tukar unit tahun ni, LUNARIA senaraikan pilihan untuk korang!

KADET REMAJA SEKOLAH

Ha! Orang kata unit Kadet Sekolah pesaing terbesar unit Kadet Polis.. betul ke #Lunagirls? Hihi! Ada yang panggil KRS sebagai singkatan.. Unit KRS pun dalam kawad gempak tau! Siap ada formasi lagi.. power!

PANDU PUTERI

Tunas Puteri ni khas untuk perempuan je.. dah nama pun Puteri! Hehe! Tapi bukan calang-calang princess tau.. Bila pakai je baju unit ni, terus semangat naik tinggi dan nampak macam seorang pemimpin.. Wah! Siap ada kawad khas tau!

KADET POLIS

Sumber Gambar: http://kadetpolissmkdi.blogspot.com

Fuh! Mesti comel-comel je kan korang pakai baju polis #Lunagirls! Selalunya akan ada abang polis akan datang ajar kawad tau.. Sebab ada sesetengah sekolah yang ada abang polis ajar memang padu, siap ada tarian kawad lagi! Style babe!

KADET BOMBA

Sumber Gambar: brad.erva-doce.info

Eh! Dorang ni bukan kerja macam bomba, padam kebakaran tapi dorang pun pada masa yang sama belajar apa yang bomba buat! Unit pasukan bombs akan ada camping khas bersama bomba, kawad macam bomba, baju bomba dan sangat kuat tau! Dekat sekolah Ummi dulu, kalau ada latihan kebakaran, unit pasukan bomba sekolah pun akan join untuk padamkan api tau!

PENGAKAP

Sumber Gambar: https://www.hmetro.com.my

Siapa yang masuk pengakap ni, korang mesti banyak pergi camping untuk dapatkan batch kan? Dah banyak mana batch korang berjaya kumpul? Hehe.. Camping pasukan pengakap bukan biasa-biasa tau.. Ada pergi hiking dan belajar untuk survive dalam hutan dengan peralatan yang ada! Ni kalau dekat PUBG mesti korang “winner winner chicken dinner” kan? Eh! Masuk PUBG pula.. Haha!

PUTERI ISLAM

Sumber Gambar: http://semsira1969.blogspot.com

#Lunagirls suka warna pink? Korang boleh join unit Puteri Islam! Hihi! Nanti akan pakai baju putih, kain merah jambu.. nampak lembut je macam perempuan melayu terakhir! Ewahh! Hehe! Tapi jangan ingat tak buat aktiviti lasak.. unit ni pun ada kawad juga tau!

So ada yang bercadang nak tukar unit beruniform lain untuk tahun ni? Hihi! Jangan lupa share gambar korang pakai baju unit uniform dengan LUNARIA tau.. Mesti comel!

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Say No To Bocor Dekat Sekolah!

Hmm.. Breast Besar Sebelah? Normal Ke?