in ,

Umur Lebih 25 Tahun, Selebriti Ini Nampak Muda Dan Cantik!

Cantiknya Mira Filzah… Tak pakai makeup pun maintain lawa juga, apa rahsia dia agaknya ya… Jealous betul tengok artis Malaysia yang cantik-cantik.

Siapa selebriti wanita yang paling korang suka tengok? Kalau Ainaa semestinya Mira Filzah, my all time favorite actor and host. Tapi kalau korang perasan selebriti Malaysia ramai yang cantik belaka. Tak kisah yang masih single atau dah berkahwin, semua memang cantik. Jangan terkejut kalau ada antara selebriti Malaysia ini yang dah berusia melebihi 25 tahun tapi tetap nampak cantik. Jom kita check it out siapa mereka agaknya…

UYAINA ARSHAD

Si cantik manis yang menjadi juara bagi program Pencarian Nona Manis 2015 ini sebenarnya kini sudah berusia 28 tahun. Ya, 28 tahun pun nampak cantik just imagine kalau dia dah berusia 40 tahun mesti lagi cantik. Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad merupakan anak jati Kuala Kangsar, Perak. Sekarang Uyaina sudah melebarkan sayapnya dalam dunia pengacaraan ke Indonesia. Baru-baru ini Uyaina ada mengacarakan beberapa program di Indonesia dan dia juga menjadi juara bagi Puteri Muslimah Asia 2018 di Indonesia. Ha one more thing, korang usha sikit TikTok Uyaina, macam-macam content best dia buat yang mana bagi Ainaa semuanya cute belaka.

MIRA FILZAH

View this post on Instagram

Hmm, ha?, haa, hee, emmmmm . . 🥰

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah) on

Satu demi satu drama menyajikan wajah cantik manis ini sebagai heroin yang digandingkan bersama hero hebat. Tapi dengarnya pelakon selaku pengacara ini dah bertunang dengan seorang jejaka pilihan hatinya. Betul atau tidak itu masih tidak pasti sebab Mira sendiri tidak pernah mengeluarkan kenyataan berkaitan perkara tersebut, maklumlah bertunang perlu dirahsiakan. Kalau korang nak tahu, Mira bukan sahaja membina kariernya sebagai seorang pelakon dan pengacara, dia juga merupakan seorang usahawan yang berjaya. Sebelum ini Mira ada keluarkan koleksi tudung dibawah jenamanya sendiri iaitu MF Shawl dan kini dia mengeluarkan produk kecantikan dibawah nama Moraessential. Agaknya sebab dia pakai produk dia sendiri kot, sebab itu cantik dan muka remaja.

FATIN AFEEFA

View this post on Instagram

baby. but enormous

A post shared by A F E E F A 🌙 (@fatinafeefa) on

Okay this time Ainaa sendiri tak sangka yang Fatin Afeefa berusia 26 tahun! Ingatkan sebaya Ainaa je sebab dia nampak sangat muda tau. Fatin memulakan kerjayanya sebagai seorang pelakon menerusi filem Tentang Bulan pada tahun 2006. Sekarang ini Fatin Afeefa sudah mempunyai dua orang anak hasil perkahwinanya bersama dengan bekas suami iaitu Adam Shah. Korang boleh check out Instagran Fatin sendiri untuk tengok gambar anak-anak dia yang sangat comel! Patutlah anak-anak dia comel, mak pun maintain cute sekali ya.

FIFY AZMI

Korang kalau tengok Fify bergambar dengan kembar dia mesti tak dapat nak bezakan antara mereka berdua sebab muka sama cuma rambut je berbeza. Jangan tak tahu ya Fify sebenarnya dah berusia 30 tahun tapi langsung tak nampak macam orang umur 30 tau. Ainaa sendiri terkejut sebab gaya dan perwatakan Fify macam orang baru berusia 20-an sahaja. Untuk pengetahuan korang Fify juga merupakan seorang pelakon yang mana dia juga pernah membintangi filem Wira bersama dengan Hairul Azreen. Tapi nak tahu juga apa rahsia kecantikan Fify sebab awet muda betul ya.

So far Ainaa rasa rahsia awet muda mereka semua mesti disebabkan banyak minum air masak. Maklumlah air masak antara minuman yang terbaik untuk kulit badan kita. Lepas ini boleh kita cantik macam mereka semua!

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Peluang Berinteraksi Dengan Selebriti Kegemaran Di TikTok!

Sifat Karakter ‘Milea’ Yang Harus Kita Hindari