in ,

Umur Baru Belasan Tahun Dah Ada Uban? LOL!

Sumber Gambar: makeit-loveit.com

Hello #Lunagirls! Eii, dah tua….. Haha! Eh! Taklah main-main je.. Rambut beruban ni merupakan satu proses yang semua orang akan lalui bila kita meningkat usia! Tapi ada juga yang beruban pada usia muda! Dan ada banyak faktor beruban pada usia belasan tahun tau.. Antaranya ialah..

HORMON

via GIPHY

Apabila hormon tidak seimbang dan korang alami gangguan tiroid, potensi untuk ada uban di usia belasan tahun sangat tinggi tau #Lunagirls! Sebab apabila pengeluaran hormon melanin terganggu, uban mudah tumbuh.. Jika berlarutan, korang perlu dapatkan rawatan doktor segera okay girls?

DIET

via GIPHY

Siapa dekat sini obses nak turunkan berat badan? Mesti ada yang tak makan, semata-mata untuk dapatkan badan yang ideal!api #Lunagirls, korang perlu jaga-jaga dan dapatkan nasihat doktor untuk diet yang sihat! Sebab kalau diet yang salah, badan korang akan mengalami ganguan nutrisi.. Dan apabila terjadi gangguan nutrisi, uban cepat tumbuh tau!

GENETIK

via GIPHY

Sangat normal kalau keturunan #Lunagirls beruban pada usia yang muda, ia tidak boleh dielakkan! Cool tau ada uban di usia muda.. barulah lain daripada yang lain! Remember to embrace your uniqueness girls! Kalau ada kawan ejek korang, dorang jealous sebenarnya tu.. Hihi!

PENGGUNAAN DRYER

via GIPHY

Semua orang akan buat ni, lepas mandi je mesti guna dryer rambut! Bukan tak boleh girls, tapi hadkan penggunaan sebab rambut korang akan terdedah dengan haba yang panas secara berlebihan dan boleh menjadi molekul rambut lemah.. Dan bila suhu tinggi, ia boleh menyebabkan penurunan penghasilan melanin di rambut!

PENJAGAAN RAMBUT

via GIPHY

Kalau #Lunagirls jarang cuci rambut, kulit kepala senang kotor! Ia akan memudahkan pembiakan bebas kuman dan bakteria! Selepas tu, rambut korang akan menjadi ‘tuan rumah’ kepada pelbagai jenis organisma halus yang akhirnya membuatkan kulit kepala menjadi gatal dan tidak sihat.. So jangan pelik kalau uban banyak tumbuh!

It’s okay girls kalau korang ada uban di usia muda! Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.. Kalau uban makin teruk atau korang alami kegatalan yang tak boleh tahan, jangan lupa untuk dapatkan rawatan segara okay? Take care girls..

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Haipp! Siapa Tak Breakfast Dia Senang …..

Kesan Bila Tak Cuba Try Test Dulu Produk!