in ,

Umur 20 Tahun, Wani Buat Event Untuk BTS ARMY!

Sumber gambar: https://www.instagram.com/amirashazwaniii/

What’s up #Lunagirls! Zoe nak tanya, korang pernah tak pergi event yang related dengan idola kpop korang? Pernah tak wonder siapa yang organize event itu? Macam mana nak deal dengan orang dan lain-lain? Kali ini, Zoe akan kongsi dengan korang macam mana nak organize event dan selalunya siapa saja yang organize event macam ini.

Sumber gambar:

Hari itu, Zoe saja lah jalan dengan kawan nak pergi satu kafe. Lepas itu kita orang macam pelik kenapa ramai sangat kafe itu, kut lah ada discount kaw-kaw, sekali Zoe tengok semuanya ARMY tengah beramah mesra sesama sendiri antara mereka to get to know each other. Kemudian, Zoe terserempak Wani yang rupanya dia adalah one of yang organize event itu. Untuk pengetahuan korang Wani ini baru saja 20 tahun tau dan dah pandai dah organize event yang melibatkan ramai ARMY!

Sumber gambar:

FYI #Lunagirls, Wani ini baru saja start minat BTS around tahun 2017 era BTS release lagu Spring Day tapi awal-awal dulu dia minat gitu-gitu saja. Bila Burn The Stage movie BTS keluar tahun lepas barulah Wani ini kenal BTS betul-betul. Woah! Slowly but surely lah Wani ini. Haha! Apa yang lebih menarik, walaupun Wani ini baru saja minat dan kenal BTS dia dan kawan-kawannya dah buat uruskan lima acara bermula bulan Mac tahun ini dan akan ada lagi event bulan ini untuk sambutan hari lahir Namjoon dan Jungkook, hebatnya!

Sumber gambar: (Wani yang pakai baju merah)

Walaupun Wani ini dah bekerja, dia akan make sure event itu berjalan dengan baik sebab dia akan prepare dengan enam ke tujuh orang kawan-kawan ARMY dia untuk event itu dalam tiga bulan sebelum tarikh event. Alasan kenapa tiga bulan sebelum? Sebab dia dan kawan-kawan nak kena design photocard, cupsleeve dan lain-lain yang unik untuk korang dapatkan waktu event. Kiranya dalam sebulan satu kali, Wani akan organize event untuk ARMY datang hangout sama-sama have fun.

Sumber gambar:

Menurut Wani, BTS adalah satu group kpop yang lain kerana cara mereka treat ARMY, family mereka dan bagaimana teamwork BTS yang sangat function satu sama lain dan akan tetap support BTS dalam career mereka. Selain itu, Wani juga harap BTS akan datang Malaysia soon sebab yelah costing nak pergi konsert luar negara ini tinggilah. Zoe pun harapkan benda yang sama, harap-harap Big Hit dengarlah suara hati kami ini. Hehe!

Sumber gambar:

What do you think?

55 points
Upvote Downvote

Comments

Komen
  1. Hai boleh share pengalaman wani mcm mne nak start dari bawah ? Contohnya start slow2 menjual barang2 kpop n organize bts event? I slalu terpikir nak organize event2 tp i tak yakin nak buat n i tak rmai kawan i rase kurang confident😌

    • Hi Nisha, kalau nak tahu pengalaman Wani lebih lanjut, boleh try click sumber gambar nanti akan terus direct kat IG Wani dan awak boleh tanya terus dekat Wani. Btw, goodluck with your plan! I know you can do it! Just do whatever you want and be confident K! 🙂

    • Hi awak! alaaaa, janganlah kurang confident! Kita kena buat dengan sepenuh hati. Awak boleh follow IG @amirashazwaniii and cuba untuk pergi satu event dia.. dekat sana awak boleh tanya direct pada dia okay? 🙂

    • Haha! Trylah join event macam ini sekali sekala. Memang happening! Nak menang patung Jimin? Goodluck Qistina! Doa banyak-banyak ya! 🙂

    • Hi Anna! yang haritu Zoe pergi dekat NU Sentral. Usually on weekend memang banyak cupcleeve event KPOP dan kat situ selalu korang akan bonding each other dan it depends on activities apa yang organizer buat 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kaki Aiskrim Kena Try Senarai Perisa Rare Ini

Zul Ariffin Rela Kena Lempang Dengan Mira Filzah!