in ,

Ulang Alik Dapur Sepanjang PKP, Ini Tempat Kotor Di Dapur

Sumber gambar: Tumblr

Bangun pagi pergi dapur, tengahari pergi dapur, petang ulang alik dapur lagi. Setiap hari mesti akan pergi dapur tanpa gagal.

Dalam korang ulang-alik ke dapur tu, tahu tak sebenarnya kita terdedah dengan kuman dan kekotoran tanpa sedar. Walaupun kita nampak macam tempat tu bersih, tapi sebenarnya penuh dengan kuman. Iya la, setiap hari kita gunakan barang-barang tersebut. Nampak macam tak ada apa-apa, tapi hakikatnya tengok dengan mata kasar pun takkan nampak. Lepas ni korang kena berhati-hati setiap kali ke dapur sebab takut tanpa sedar diri kita dikelilingi dengan kuman dan kotoran.

PAPAN PEMOTONG’

Memotong papan (54 gambar): papan dapur untuk memotong roti ...
Sumber gambar: Dress

Kali ini papan pemotong merupakan benda paling kotor sekali dekat dapur. Iya la, setiap hari kalau nak masak mesti akan gunakan papan pemotong. Bukan setakat potong bawang tapi termasuk la cili padi, ayam, ikan, sotong dan banyak lagi la. Pada masa yang sama memang ada banyak kuman yang melekat dekat situ walaupun dah basuh dengan bersih. Akan ada serpihan makanan yang melekat dekat papan pemotong tersebut. Kalau nak bersihkan, korang kena cuci dengan air suam atau air panas lagi-lagi bila lepas potong bahan mentah. Lagi baik kalau asingkan papan pemotong kayu untuk potong bahan kering dan papan pemotong plastik untuk potong ayam dan daging.

PENCUCI PINGGAN

Elak pencemaran bakteria span penyental
Sumber gambar: Sinarharian

Setiap masa cuci pinggan je kerja, mana tidaknya segala macam kuman melekat dekat pencuci pinggan tu. Span tu sendiri secara semula jadi memerangkap lembapan. Maksudnya memang tempat yang sesuai untuk kuman membiak. Sebab tu la kita digalakkan untuk tukar span pencuci pinggan setiap dua minggu sekali. Lagi bagus kalau korang dapat keringkan span pencuci setiap kali lepas basuh pinggan.

SINKI

Steps to Keep Your Sink Sparkling Clean | Did You Know Homes
Sumber gambar: Didyouknowhome

Kalau hari-hari memasak, mesti la akan gunakan sinki kan? Basuh segala macam pinggan mangkuk. Tak mustahil juga sinki menyimpan banyak kekotoran dan jangan disangka kalau kita dah cuci sinki, sinki itu akan bersih sepenuhnya. Gunakan bahan pencuci anti-bacteria atau basuh sinki menggunakan peluntur kemudian biarkan ia kering dengan sendiri.

TEMPAT LETAK PISAU

Kitchen Knife Holder Chopsticks Storage Shelf Storage Rack Tool ...
Sumber gambar: Shopee

Dekat rumah korang ada tak tempat penyimpan pisau? Biasanya tempat letak pisau mesti diperbuat daripada kayu atau plastik. Kalau plastik mudah untuk dibersihkan tapi kalau kayu memang susah. At the same time habuk atau serpihan makanan mungkin akan tersumbat dekat bahagian ruangan pisau. At least sebulan sekali korang kena bersihkan tempat letak pisau dengan air panas yang sudah dicampurkan dengan sedikit pencuci pinggan. Bersihkan juga tempat pisau tu dengan berus kecil supaya segala kotoran dapat ditanggalkan. Lebih elok kalau kita gunakan bekas letak pisau yang diperbuat daripada plastik supaya mudah dibersihkan.

PEMEGANG PETI AIS

via GIPHY

Siapa kaki buka peti ais setiap hari sampai empat lima kali angkat tangan sikit? Ha, kalau korang nak tahu tempat pemegang peti ais ni sebenarnya menyimpan banyak kekotoran tanpa disedari. Boleh jadi waktu tangan kita kotor baru keluar dari tandas, kita terus pegang peti ais. Kuman pun merebak dekat situ so lebih baik korang sentiasa bersihkan secara kerap. Cara nak bersihkan pun mudah sahaja, gunakan sabun pencuci anti bakteria kemudian lap semula dengan kain bersih.

So korang dah boleh berhati-hati setiap kali dekat dapur tu. Kerap cuci tangan walaupun berada dirumah okay! Bersihkan juga segala barang yang ada dekat rumah tu supaya kita bebas daripada kuman dan kotoran.

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Pelakon Korea Yang Buat Orang Persoal Ini ‘Oppa’ Ke ‘Ahjussi’?

Makanan Sahur Yang Bakal Kurangkan Rasa Lapar