in ,

Ubah Posisi Tidur Kalau Tak Nak Muka Berjerawat

Sumber gambar: https://www.hellomagazine.com/tags/sleep/

Muka berjerawat sikit salahkan skincare, semua salah skincare sebab tak sesuai dengan kulit la, kulit sensitive sangat la. Padahal sebenarnya masalah tu terletak pada diri sendiri.

Actually posisi waktu tidur sangat mempengaruhi kulit muka kita tau. Ye la just imagine kalau korang jenis tidur tekat muka dekat bantal, confirm la muka tu berjerawat. Why not kita tengok sikit positi tidur yang kita selalu amalkan dan tengok adakah ia mendatangkan kesan negative pada kulit muka.

TIDUR MENGIRING

Image result for tidur mengiring
Sumber gambar

Tidur mengiring ni sangat bagus untuk kesihatan dan jadikan tidur kita lebih nyenyak. Tapi tidur mengiring ni macam tak elok sangat untuk kulit muka sebab korang akan gesek kulit wajah dekat bantal sampai buatkan ada tertinggal kedutan halus dekat kawasan bibir dan pipi.Takut nanti bila banyak sangat geseran dekat kulit muka, nanti tumbuh ruam pula.

TIDUR MENIARAP

Image result for tidur meniarap
Sumber gambar

Tidur menerap ni seronok tau sebab kita dapat rasa sangat selesa dan ‘selamat’. But actually posisi tidur meniarap ni sangat tak baik unruk kulit muka dan kesihatan sendiri. Dada akan jadi sesak dan kulit muka akan jadi lebih berusia daripada asal. Confirm bangun tidur je terus ada garisan halus lagi-lagi dekat area dahi tu.

TIDUR TERLENTANG

Image result for tidur terlentang
Sumber gambar

Selamat, selesa, tenang dan mimpi indah? Tidur terlentang ialah posisi yang paling onz untuk sesiapa yang nak jaga muka! Kulit muka takkan tersentuh dengan bantal dan takkan tergesek sikit pun kalau korang jenis duduk diam waktu tidur. Jerawat pun takkan naik kalau korang tidur macam ni dan muka pun tak ada kedutan! Yeayyyy!

TIDUR MERINGKUK

Image result for tidur meringkuk
Sumber gambar

Ada certain orang jenis suka tidur meringkuk macam udang! Baring je terus automatic jadi udang! Tidur macam ni memang selesa sebab dapat peluk kaki sendiri! Tapi bukan je pipi yang akan ada kedutan, badan korang pun rasa sakit sebab tulang belakang terpaksa membengkok. Nama pun tidur, kena la dalam keadaan selesa dan buatkan badan berehat, bukan menyakitkan badan.

Lepas ni boleh la tukar posisi tidur untuk dapatkan kulit muka yang cantik jerawat tak naik, tidur pun jadi lebih selesa dan lena. Kalau lepas ini ada juga jerawat tu, maybe dah sampai masanya untuk tukar cadar dengan sarung bantal sebab mungkin tu penyebab utama jerawat timbul, bukannya sebab posisi tidur. Dan ia mungkin juga disebabkan oleh sabun yang korang gunakan! SuperDeals ada tawaran 56% diskaun untuk produk Isabella Signature.. korang boleh klik sini untuk cuba!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Movie Angry Bird 2 Akan Buat Korang Shook! #BukanSpoiler

Bilik Tidur Penuh Dengan Oppa BTS! – Didi ARMY