in ,

TWICE Bakal Buat ‘Comeback’ Album Jun 2020

Sumber gambar: www.allure.com

Yay! Tak lama lagi TWICE nak keluarkan lagu baru! Tak sabarnya!

Baru-baru ini TWICE mengumumkan bahawa mereka sedang dalam persiapan untuk membuat ‘comeback’ menjelang Jun 2020 ini. Fuh, mesti Once tak sabar nak dengar lagu baru dalam album mereka! Dalam banyak-banyak lagu TWICE, yang mana satu favorite korang?

via GIPHY

Menurut JYP Entertainment, TWICE tengah sibuk siapkan muzik video mereka. Ramai Once dah ternantikan comeback ini sebab dengarnya mereka dah lama tunggu. Tapi harap korang bersabar sikit lagi sebab tarikh msih belum dikongsikan oleh management TWICE lagi.

Ya TWICE sedang menjalani penggambaran muzik video terbaru. Sebarang jadual aktiviti mereka sedang dikoordinasikan, maka tarikh belum dapat diumumkan lagi.

Kali terakhir TWICE mengeluarkan album adalah pada sembilan bulan yang lalu, dengan single ‘Feel Special’ telah dilancarkan. Oleh sebab pandemik Covid-19 masih berleluasa, TWICE terpaksa membatalkan konsert TWICELIGHTS yang dijadualkan pada Mac lalu di Seoul dan juga beberapa konsert susulan di luar negara. Sayangnya!

Sumber gambar: YouTube Jaeguchi

Kalau ada yang belum dengar lagi lagu Feel Special, korang boleh layan sekarang! Konsep lirik mereka sweet and romantik khas untuk peminat mereka. Kalau korang nak tahu, pada hari pertama lagu ini telah berjaya jutaan views! Dahsyat penangan TWICE!

Untuk korang yang belum kenal siapa itu TWICE, meh LUNARIA kongsikan beberapa fakta tentang kumpulan ini. TWICE mempunyai 9 orang dalam satu kumpulan iaitu Nayeon, Jeongyeon, Momo, Sana, Jihyo, Mina, Dahyun, Chaeyoung dan Tzuyu. TWICE debut sejak tahun 2015 lagi. Mereka memiliki 9 anggota dari 3 negara iaitu Korea Selatan, Jepun dan Taiwan. Awalnya hanya 7 members yang terpilih, lepas itu 2 anggota lagi bergabung iaitu Momo dan Tzuyu.

TWICE merupakan salah satu girlband Korea yang popular di seluruh dunia. Mereka telah release beberapa album, mini-album dan singles. Banyak anugerah muzik yang berjaya mereka raih. TWICE juga memiliki banyak fan base di seluruh dunia.

Sumber gambar: Koreaboo

Selain itu, LUNARIA akan belanja korang beberapa fakta menarik tentang ahli kumpulan TWICE yang mungkin korang tak tahu! Antaranya ialah..

Jihyo

Sebelum debut dengan TWICE, Jihyo sudah menjadi trainee selama 10 tahun. Kalau korang nak tahu, Jihyo pernah berlatih dengan Suzy tau! Dia debut dengan TWICE ketika berumur 19 tahun.

Nayeon

Nayeon merupakan member yang tertua dala  kumpulan TWICE. Dia pegang posisi lead vokal dan center. Sebelum ini, Nayeon pernah cameo dalam beberapa MV K-Idol lain. Dan yang paling seronoknya, Nayeon merupakan kawan baik Jennie dan Jisoo BLACKPINK!

Jeongyeon

Jeongyeon merupakan lead vokal Twice. Sebenarnya nama Yoo Jeong Yeon ialah Yoo Kyung Wan.. Tapi dia decide untuk tukar namanya menjadi Yoo Jeong Yeon sebab kawan-kawannya asyik ejek nama dia macam budak lelaki semasa dia sekolah. Kesiannya Jeongyeon!

Momo

Momo merupakan main dancer, vocalist, sekaligus rapper untuk kumpulan TWICE. Nama sebenarnya Hirai Momo, merupakan warganegara Jepun. Momo juga pernah muncul dalam MV seniornya iaitu dalam MV GOT7 Stop Stop it, MV Feel dari Junho, Miss A yang berjudul Only You, dan Rose dari Wooyoung.

via GIPHY

Sana

Minatozaki Sana atau yang lebih akrab dipanggil Sana merupakan lead dancer dan vocalist TWICE. Sama seperti Momo, Sana juga berasal dari Jepun. Sana pernah tersenarai di tempat ke-21 dalam 100 Most Beautiful Faces of 2017.

Mina

Mina juga berasal dari Jepun! Dia terkenal dengan kemampuannya menari balet. Mina telah belajar tarian balet selama 11 tahun. Wow.. Hebat! Kalau korang nak tahu, dia menjadi trainee yang menjalani masa latihan paling singkat berbanding dengan member lain.

Dahyun

Dahyun merupakan lead rapper dan vokalis TWICE. Dahyun sangat pandai bermain piano dan dia merupakan member yang paling popular dalam program SIXTEEN.  Dahyun juga merupakan salah satu model perempuan yang muncul dalam MV Stop Stop It dari GOT7 dan Rose milik Wooyoung.

Chaeyoung

Chaeyoung juga merupakan main rapper dan vokalis TWICE. Chaeyoung merupakan salah satu member yang paling suka bergambar. Siapa kara OOTD atau selfie, korang boleh geng dengan Chaeyoung! Dan sebenarnya, Chaeyoung merupakan salah seorang kawan rapat Rose BLACKPINK.

Dan yang terakhir, Tzuyu

Tzuyu merupakan satu dari empat ahli yang tidak berasal dari Korea Selatan. Tzuyu berasal dari Taiwan. Tzuyu pegang posisi lead dancer, vocalist, dan visual. Sama seperti Chaeyoung, Tzuyu juga merupakan kawan rapat Rose BLACKPINK. Tzuyu tersenarai peringkat ketiga dalam 100 Most Beautiful Faces of 2017.

via GIPHY

Untuk geng yang baru nak ‘berkenalan’ dengan TWICE, korang boleh mula layan lagu-lagu mereka. Ahli kumpulan TWICE pun boleh tahan cantik semuanya. Apa pun, jom kita sama-sama tunggu comeback album TWICE Jun ini!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

10 K-Drama 2019 Rating Tontonan Tertinggi, Korang Dah Tengok?

Aktiviti Best Bersama Adik Beradik Di Rumah