in ,

Tukar Berus Makeup Sebelum Raya Please!

Sumber gambar: www.kindlyunspoken.com

via GIPHY

“Love your skin by loving your makeup tools first!” #Lunagirls rasa sebab apa? Korang tahu tak yang makeup tools korang senang terdedah dengan bakteria? Jadi bila korang gunakan berus tersebut setiap hari, bakteria akan melekat di muka! Habislah dik muka awak tu.. Kemungkinan untuk breakout sangat tinggi.. Oh no! Minggu depan dah raya.. kita kena jaga muka ni! Jom check out artikel Ummi untuk tahu bila masa yang tepat untuk korang tukar makeup brush!

CONDITION BULU

via GIPHY

Bulu brush masa beli lembut je.. Tapi kalau dah lama-lama guna ia akan menjadi kasar! Ha! Itu maksudnya it’s time to replace it.. Ia bukan je kasar, tapi ia juga akan kejung dan gugur satu persatu.. Itu dah kira nazak girls, better tukar tau..

BENTUK BRUSH

via GIPHY

Macam mana nak tahu bila bentuk dia dah teruk? Kita boleh tengok ia akan kuncup masa baru beli dan bila dah tak elok, ia akan jadi mengembang.. Jadi bila ia dah mengembang, banyak tempat yang brush kita itu tak boleh cover dan mulalah makeup yang kita apply akan bercapuk dan tak rata. Itu tandanya kena beli makeup brush baru so raya nanti makeup kita akan flawless! Yay!

RETAK

Sumber Gambar: https://ohbulan.com

Bila ia dah mengembang, korang akan nampaklah ronggak di sekitar brush kan? Bila makeup brush korang jadi macam tu, ia akan memudahkan bakteria, debu dan kuman melekat tanpa korang tahu.. Yelah! Kuman kita tak boleh nampak.. huhu! Tapi better berjaga-jaga tau, sebelum ia membuatkan muka korang tumbuh jerawat..

HASIL

Sumber Gambar: http://nameeroslan.blogspot.com

Brush baru akan menampakkan makeup kita rata dan boleh menutup segala masalah di muka korang! Tapi kalau korang pakai brush yang dah rosak, muka korang akan nampak macam tak siap.. Bila apply bedak atau pun blusher akan nampak macam berterabur dan tidak kena! Habislah selfie raya kita nanti..

Sebenarnya nak jaga brush ini senang je.. #Lunagirls kena tahu macam mana nak menjaganya dengan betul! Iaitu dengan menyimpan ditempat yang sesuai, kalau boleh cari any container yang bertutup dan bersihkan secara teratur,  kalau boleh basuhlah ia seminggu sekali tau girls!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Makan Tembikai Je Pun Boleh Kurus?

Pakai Aksesori Extra Baru Laa Raya!