in ,

Tudung Tak On Point? Korang Kena Cuba Cara Ini…

Sumber gambar: www.instagram.com/nabila.razali

Untuk korang yang pakai tudung, semestinya ia ibarat mahkota korang, betul tak? Oleh sebab itu, satu tudung tidak akan pernah cukup untuk korang yang berhijab. Kalau nampak saja tudung baru, akan ramai yang cepat-cepat grab. Akan tetapi, semua tudung itu, jika cantik macam mana pun design, mesti akan spoil mood kita kalau tudung tak on point, setuju tak? Jadi macam mana nak sentiasa kekalkan tudung on point? Korang jangan risau sebab kami ada tipsnya dan korang kena cuba! 

STEAM IRON

Sumber gambar: harvey norman

Untuk yang ada steam iron yang jenis kena spray, ini bonus untuk korang. Sebenarnya, mudah sangat nak pastikan tudung korang itu sentiasa on point, sebab korang kena pastikan korang gosok betul-betul pada bahagian kepala tudung korang itu. Barulah, ia tak akan mudah berkedut. Jangan risau, untuk yang tak ada iron jenis ini, korang boleh guna iron biasa dan guna botol spray air biasa sahaja.

LILIN 

Sumber gambar: tokopedia

Selain itu, korang juga boleh gunakan lilin untuk sapukan di bahagian awning tudung. Akan tetapi, korang tak boleh lilin bahagian awning tudung dengan banyak sebab nanti tudung korang akan jadi keras dan akan ada kesan lilin. Selepas korang lilin, korang bolehlah gosok tudung korang supaya ianya nampak lebih kemas.

FABRIC SPRAY

Sumber gambar: iman abdul rahim

Seterusnya, untuk beri kesan tudung korang on point bertahan lebih lama. Korang boleh gunakan fabric spray. Sekarang ini, memang ada banyak sangat  fabric spray yang boleh korang dapat di mana-mana supermarket. Jadi korang tinggal spray sahaja  fabric spray pada tudung korang sebelum gosok tudung dan yeap mesti tudung korang akan menjadi. 

PENGERAS PLASTIK

Sumber gambar: hao gu jinye

Siapa yang legend, korang biasa sangat untuk cuba guna pengeras plastik untuk tudung ini. Memang lebih mudah nak dapat dimana sahaja sebab di kedai buku sekolah pun korang boleh dapat. Harganya pun lebih murah dan korang hanya tinggal gunting saja plastic cover untuk buku skrap korang itu dan letak ikut keselesaan korang.

Jadi, selepas ini sudah tidak menjadi masalah untuk korang yang bertudung sebab semua tips ini mungkin berguna untuk korang pada masa akan datang. Taklah selebet dan nampak selekeh sangat muka korang sebab tudung korang dah on point lepas ini. Silap-silap tajam betul tudung korang sampai terluka orang sekeliling tengok, ha gitu

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Hairstyle Yang Mungkin Buatkan Korang Mudah Kepala Sakit

Nak Bergambar Tapi Malu, Boleh Ikut Tips Ini!