in ,

Tudung Tak Menjadi Bila Pakai Spek? Cuba Cara Ini Dulu

Sumber gambar: Instagram Nabila Razali, Sharifah Rose

Geramnya pakai spec! Tudung asyik tak menjadi je. Tak pakai nanti rabun pula tak nampak jalan, bila pakai tudung tak manjadi!

Mari kita berkumpul wahai semua hijabis berkaca mafa sekalian. Korang pun ada masalah bila pakai tudung? Spec mata membuatkan tudung tak on point, senget dan macam-macam lagi itu yang sampai moody teruk. Mengaku je yang once tudung tak elok korang akan moody bagai tiada hari esok. Macam biasa girls, korang jangan risau okay sebab LUNARIA di sini sedia menanti korang yang sedang dalam masalah. Ini dia penyelesaian buat para hijabis yang berkaca mata, lepas ini no more problem tudung senget ya girls…

APA PUN PAKAI SPEC DULU SIS

 

Bingkai Cermin Mata Atau Spek Terkini Untuk Muka Bulat | OhFesyen
Sumber gambar: Ohfesyen

Trick paling penting sekali ialah korang kena pakai dulu cermin mata sebelum nak bentuk tudung. So that bila dah ada cermin mata, baru korang boleh tahu bentuk tudung macam mana yang sesuai untuk digayakan. Pada masa yang sama, tudung pun akan beri kerjasama kalau korang dah pakai cermin mata terlebih dahulu sebelum nak fikirkan style untuk tudung. Penting ya pakai cermin mata dulu, bukan apa nanti kalau dah pin terus buatnya jadi ketat bila dah sarung spec macam mana?

BUAT STYLE LOOSE JE

 

Sumber gambar: Facebook

Kita kalau dah selesa dengan satu gaya memang itu sahaja yang akan kita pakai sampai jumpa gaya baru lain yang lebih selesa. Let say korang suka pakai shawl ketat tapi berkaca mata, sila hentikan style itu ya melainkan korang rela untuk pakai contact lens. Loose hijab style ini sangat sesuai digayakan bersama dengan cermin mata. Bentuk muka korang takkan nampak pelik sebab shawl itu sendiri berada dalam keadaan ketat. Bukan itu sahaja ya, korang juga akan nampak lebih confident dengan gaya begitu. Taklah kejap-kejap nak cari cermin tengok muka.

TRY AND ERROR

 

The Best Bintan Resort to Spend Your Next Muslim-Friendly Vacation | Halal Trip
Sumber gambar: Halaltrip

Tak salah kalau kita cuba untuk bereksperimen dalam gaya tudung ni. For those yang baru sahaja pakai cermin mata, korang boleh tengok contoh hijabis lain dan cuba buat eksperimen pada diri sendiri. Bentuk muka kita ini tak sama jadi mungkin sesuatu gaya itu tak sesuai untuk orang lain, tak semestinya tak sesuai juga untuk korang. Terus cuba dan cuba. At least korang ada banyak pilihan gaya tudung bersama dengan cermin mata. Lagi-lagi pula sekarang ini kita dah kena sentiasa memakai pelitup muka bila berada di tempat awam, confirm lagi leceh nak bergaya dengan tudung. Sebab itu kena terus buat eksperimen pada gaya tudung…

SPEC PUN MAIN PERANAN

Sumber gambar: Instagram @Ainaa_lunaria

Di luar sana ada banyak pilihan kedai cermin mata dan banyak juga style cermin mata yang ada. Sehinggakan kita sendiri tak tahu nak pilih yang mana. Sebenarnya bingkai cermin mata juga memainkan peranan yang penting tau girls. Kalau spec bentuknya petak, hasilnya tudung korang nanti pun petak jadinya. Bukanlah jadi petak tetapi nanti jadi tak menarik pula, macam ketinggalan zaman… Kita kenalah sentiasa up to date dengan fesyen zaman terkini betul tak? Cuba je semua bingkai yang ada di kedai, sampai dah jumpa yang korang puas hati baru boleh buat style shawl in trend!

Ehemm, BTW for those yang tengah nak berjimat cermat beli cermin mata, korang boleh ke mall Sungei Wang tau. Di sana ada banyak pilihan kedai cermin mata yang menawarkan harga serendah RM50 sahaja! Laa, sis promote pula, hehe!

Paling penting sekali di sini ialah korang kena sentiasa berani dalam mencuba sesuatu yang baru dan confident is the key! Lepas ini bolehlah saing-saing hijabis yang lain di luar sana…

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

5 Alasan ARMY Kenapa BTS Dikenali Worldwide

4 Selebriti Perempuan Mula Bertudung, Cantiknya!