in ,

Tricks WhatsApp Yang Mungkin Korang Tak Tahu

Sumber gambar: News.samsung.com,my

Setiap hari main WhatsApp tapi masih tak tahu di sebalik tricks yang ada dan ada juga yang tak tahu yang WhatsApp sebenarnya ada ‘rahsia’ tersendiri.

Seperti yang korang tahu, WhatsApp ialah satu aplikasi yang popular dan digunakan oleh ramai orang di dunia. Tapi hakikatnya masih ada yang tak tahu rahsia dan tricks yang terdapat dalam aplikasi WhatsApp. Jom check out beberapa tricks lama yang mungkin korang sendiri tak tahu kegunaannya.. It’s okay, everyday we learn new things!

UBAH FORMAT TEKS WHATSAPP

Image result for font tulisan whatsapp
Sumber gambar: Jalantikus

Maybe ada lagi antara korang yang tak tahu bahawa kita boleh ubah font dekat WhatsApp dengan hanya memasukkan simbol yang tertentu sahaja. Font akan bertukar jadi lebih tebal, mengiring dan ada simbol pagar di bahagian tengah tulisan. Korang hanya perlu masukkan beberapa simbol tertentu untuk dapatkan font comel seperti itu. Simbol yang perlu korang masukkan untuk tulisan senget, Italic ialah “_” , tulisan tebal atau bold pula kena masukkan simbol “*” dan untuk garisan di tengah tulisan gunakan simbol “~”. Senangkan korang?

CONTOH

Bold: *LUNARIA*

Italic: _LUNARIA_

Strike Through: ~LUNARIA~

PIN CHAT PENTING

Sumber gambar: Lunaria.com.my

Trick ini korang tahu tak? Kalau korang seorang yang ‘kuat’ gunakan WhatsApp, mesti filter ini sangat berguna untuk korang. Korang boleh pin chat penting di WhatsApp. Antaranya ialah chat daripada family atau sesiapa je yang korang rasa penting, boleh terus pin atau kata lain, ‘lekatkan’ chat itu di bahagian atas sekali. Lepas ini tak perlu nak scroll ke bawah atau search nama orang yang korang kerap text, terus ada dekat pin chat. Cara untuk korang pin chat ialah dengan slide chat orang tersebut ke kanan dan terus tekan ‘Pin’.

STARRED CHAT

Sumber gambar: Lunaria.com.my

Biasanya orang akan star chat yang penting, which is ayat penting daripada someone. Tak kisah sama ada ia merupakan ayat kata-kata semangat atau perkataan yang membuatkan korang rasa terkesan dalam hidup. Boleh jadi chat daripada ex-boyfriend yang mengatakan isi hatinya terhadap korang sebelum dia meninggalkan diri korang. Bila dah ada starred chat, lagi senang untuk korang nak throwback sikit apa-apa yang berkaitan. So once rasa nak baca ayat kata-kata semangat atau nasihat, korang boleh just tengok dekat bahagian starred message sahaja. Macam sis Ainaa, text yang Ainaa starred ialah berkaitan dengan kerja sebab ia salah satu benda penting sekali. Cara untuk korang starred text ialah dengan tekan text lama-lama, kemudia terus klik star!

STATUS WHATSAPP TERUS KE FACEBOOK

Sumber gambar: Lunaria.com.my

Korang mungkin tak perasan yang sebenarnya story dekat WhatsApp boleh dibawa masuk ke Facebook. Tapi ia hanya akan keluar kalau korang log in sekali Facebook melalui WhatsApp. Tak kisahlah ia video atau gambar apa yang korang post sekali pun, ia akan terus automatik upload. Jaga-jaga waktu itu sebab takut korang post benda yang tak sepatutnya, kantoi pula lepas masuk dekat Facebook, semua kenalan dah kenal, Opsss! Semak dulu sama ada status korang ‘sesuai’ atau tidak untuk tontonan dekat Facebook sebab dekat sana confirm ramai family korang betul tak? Korang kena connect akaun Facebook dengan WhatsApp dan dekat situ korang kena masukkan phone number untuk terus connect.

JIMATKAN DATA

Sumber gambar: Lunaria.com.my

Kita kalau boleh bukan setakat nak jimatkan bateri tapi kalau boleh mestilah nak jimatkan data! Tak ada data, macam mana nak stalk crush betul tak? Apa yang korang boleh buat selain off data ialah tutup auto download. Auto download bertujuan untuk menjimatkan penggunaan data sebab korang tak perlu terus download gambar yang korang nak buka. Just download mana yang diperlukan sahaja. So, space gallery dalam phone pun akan jimat. Ia akan jadi auto download bila korang connect phone dengan WiFi sahaja.

Even nampak macam simple sebab korang dah tahu, tapi sebenarnya masih ada lagi yang tak mengetahui tricks yang ada sebalik aplikasi WhatsApp. Lepas ini korang boleh tunjuk juga dekat kawan terdekat, trick LUNARIA kongsikan ini.. Selamat mencuba!

What do you think?

10 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Perubahan Yang Kita Boleh Lakukan Dalam Hidup

Senarai Gajet ‘Penting’ 2020, Korang Ada?