in ,

Trick Beli Tiket Wayang Bawah RM10

Sumber gambar: wexnermedical.osu.edu

Bulan 12 ni ada banyak movie best dekat panggung wayang! Tak boleh terlepas satu pun movie bulan ni. Tapi masalahnya tiket wayang pun mahal bapak!

Banyak movie best bulan Disember tu Ainaa setuju dan bab yang tiket wayang mahal pun Ainaa turut bersetuju! Tak dinafikan tiket movie memang mahal, lagi-lagi kalau movie tu dari luar negara. Sekarang ni tengah ada banyak movie baru macam Jumanji, Frozen 2, Ejen Ali ehh banyak lagi la kalau nak mention.

via GIPHY

Tengah cuti sekolah ni la waktu yang sesuai untuk kita spend time dengan family or friends tengok wayang! Cuma sebab tiketnya agak mahal, susah la nak movie marathon dekat panggung wayang, haha! Satu tiket je dah sampai RM18, paling murah pun RM10 tapi kena tunggu hari Rabu je. Confirm that time ramai orang kan?

Tapi kalau korang nak tahu, ada trick macam mana nak dapatkan tiket movie dengan harga yang murah. Cuma korang perlukan bantuan kakak, abang atau parents korang yang ada kad bank. Tapi rasanya korang pun mesti dah ada kad bank kan? For those yang ada, korang boleh ikut cara yang diajar oleh cik Mastura ni yang mana dia ada trick untuk dapatkan tiket wayang dengan harga kurang RM10 tau! Tak payang nak tunggu hari Rabu untuk dapatkan tiket murah, haha!

via GIPHY

Trik ni hanya boleh digunakan untuk pemegang kad Maybank Credit/ Debit Card sahaja. Kalau korang bank lain, tak boleh la ya. Harga potongan yang korang akan dapat ialah RM8.50 untuk dewasa dan hanya RM4.50 untuk kanak-kanak! Tak cukup murah ke tu girls?

Korang hanya perlu install apps wayang TGV dan buat bayaran terus dengan menggunakan Maybank Credit/ Debit Card. Tapi discount tu hanya boleh didapati pada hari Sabtu sahaja! At least okay la juga sebab biasanya weekend, harga tiket mahal tau.

Image result for tengok wayang
Sumber gambar: Wanista

Untuk panggung wayang lain, ada juga yang menawarkan discount dengan cara pembayaran menggunakan bank RHB atau Touch ‘n Go! Tapi korang kena keep update la dengan setiap promotion yang mereka buat. That’s why kena install apps, lagi senang! Macam Ainaa kalau nak tengok movie, Ainaa akan check setiap panggung wayang yang ada. Mana yang murah, memang tu la jadi pilihan, hehe!

Sekarang ni kan kalau boleh berjimat, kena la jimat. Ni baru movie tahun 2019, next year tahun 2020 lagi la banyak movie best tengah OTW! Antaranya ialah The Spongebob Movie, Shrek, Cruella dan banyak lagi la! Kena tunggu okay!

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Happy Birthday Jin! 5 Pesanan Kim Seokjin BTS Khas Untuk ARMY

Kelebihan Kerja Part Time Jaga Zoo!