in ,

Trend Tudung Untuk Hijabista!

Sumber gambar : /blogserius.com

Hai #Lunagirls, kira-kiranya kita ni dah nak masuk minggu ketiga berpuasa. Dah ada ada baju raya ke belum? Kalau dah, now mesti nak cari tudung pulak kan? Hurm nak tau trend tudung untuk hijabista sekarang? Jom check it out~

TUDUNG LACE

Sumber gambar: http://www.moonabaya.com

Kalau dulu terkenal dengan fashion tudung bulu-bulu, namun 2019 ni, tudung lace pula yang jadi pilihan hijabista sekarang. Kalau baju raya korang jenis yang kosong dan tak bercorak, tudung lace ni akan menyerlahkan lagi penampilan korang. Mesti onzz ootd korang pagi raya nanti !

 

TURBAN

Sumber gambar: Instagram Vivy Yusof

Kalau #Lunagirls nak kan kelainan di pagi raya, boleh la cuba turban ni. Mesti cantik, kalau boleh matching kan la dengan warna baju kurung korang. Incase tak reti nak pakai, yang ready made pun banyak je dekat pasaran. Yang penting girls, kena confident bila pakai turban ni!

BATIK PRINTED

Sumber gambar: Shopcakenis

Sekarang banyak sangat baju kurung jenis batik. Tak terkecuali untuk tudung juga. Walaupun tudung jenis ni dah lama ada, tapi sekarang ia menjadi trend tau. Tudung printed batik ni sangat cantik kalau korang gayakan macam ni. Warna pula gunakan warna yang soft je, nampak lebih manis dan ayu.

Macam mana #Lunagirls, masih ada masa lagi untuk korang survey tudung supaya matching dengan baju  raya tu. Mungkin boleh gunakan style dan fashion tudung yang LUNARIA list kan ni?Baru la digelar hijabista yang up to date! Hihi..

What do you think?

7 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Jom! Buat Facial Raya!!

Minum Susu Pun Boleh Kenyang Sepanjang Hari?