in ,

Trend Sepit Rambut Tudung Tiru Watak Yaya Boboiboy?

Sepit rambut pakai dekat rambut, bukan dekat tudung? Dah kenapa jadi trend pula sekarang ni? Pelik-pelik je la.

Ehh, apa yang peliknya. Korang nak tahu tak, before this, around tahun 2008 macam tu, trend pakai sepit rambut dekat tudung ni memang dah jadi ikutan hijabis waktu tu. Lagi besar sepit rambut, rasa lagi cantik. Padahal bila tengok balik gambar zaman tu, rasa nak maki diri sendiri.

That time, penyepit rambut semua besar-besar, sampai ada yang siap tambah ribbon lagi tau nak bagi cantik. Rasanya ada ke hijabis sekarang yang berani pakai sepit rambut besar macam tu? Kalau ada pun apa salahnya, fesyen kan tiada batasan! Asalkan jangan pakai penyepit baju dah la, hihi.

Sumber gambar: https://www.deviantart.com/natsumo/art/Yaya-x-m-reader-Danegrous-Love-528631049

Tak salah pun nak bergaya ni, macam yang Ainaa cakap tadi. Berfesyen tu tak ada had batasan pun, asalkan korang tahu bezakan mana yang sesuai dan yang tak sesuai dengan imej hijabis korang. Tapi sekali pandang, trend sepit rambut ni macam dapat inspirasi daripada watak Yaya kartun Boboiboy tu kan…

Ada a few influencers yang mulakan semula trend sepit tudung ni which is Sharifah Rose, Datin Vivy Yusof, Sarah Suhairi dan ramai lagi. See, betapa hebatnya pengaruh influencer ni sampai apa yang diorang buat jadi ikutan. Kalau korang scroll Twitter atau Instagram, ramai je hijabis yang dah start dengan trend ni. Semua comel-comel belaka dengan sepit rambut masing-masing. Geram je tengok, jangan sampai Ainaa pakai sepit rambut dekat tudung juga ya!

Sumber gambar: Google.com

Maybe korang boleh jadikan trend sepit ni as idea untuk digayakan waktu pagi raya nanti? Beli siap-siap penyepit rambut yang comel-comel matching dengan baju raya. Tapi make sure style tudung korang tu sesuai la waktu nak letak sepit rambut tu. Jangan main pakai je, takut nampak pelik pula.

BTW, kalau korang ada pakai sepit rambut dekat tudung boleh la share gambar tu dengan Ainaa. Mana tahu Ainaa boleh jadikan gaya tudung korang tu as inspirasi waktu buat video baru nanti. Hehe!

What do you think?

-1 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Lagu-Lagu Ramadan Yang Best Untuk Dengar!

Simpan Makeup Dalam Fridge Untuk Tahan Lagi Lama!