in ,

Trend Rambut ‘Skunk’ Jadi Tarikan Semula

Cantiknya Jennie buat rambut macam skunk! Nak buat juga, mesti cantik!

Semenjak MV lagu baru BLACKPINK berjudul How You Like That mendapat perhatian ramai sehingga jumlah tontonan mencecah lebih 160 juta semenjak dimuat naik pada hari Jumaat lepas, trend rambut ala skunk pula menjadi trend baru masa kini. Penampilan baharu Jennie di dalam MV tersebut telah menarik perhatian ramai orang terutamanya para gadis sehingga ada yang nak buat rambut sama seperti Jennie.

View this post on Instagram

See you today Blinks 🖤

A post shared by J (@jennierubyjane) on

Trend rambut itu dikenali sebagai ‘Chunky Highlight’ yang mana fesyen tersebut agak terkenal sekitar tahun 90-an. Sebelum ini banyak lagi trend lama yang mula terkenal semula, contohnya penggayaan scrunchie dan juga klip rambut penuh satu kepala. Fesyen dan stail berpusing-pusing yang mana sebelum ini pernah popular, akan menjadi trend semula dan turut jadi ikutan anak muda.

Chunky highlight ialah gaya rambut yang diwarnakan sedikit di bahagian hadapan sahaja. Walaupun nampak simple tetapi warna rambut seperti ini memberi kelainan pada wajah kita. Wajah yang besar akan kelihatan sedikit kecil daripada size asal kerana permainan warna rambut. Tapi kena tengok juga warna yang korang pilih, kalau tak kena dengan warna akan jadi lain rupa kita!

Sebelum ini pun dah ramai bintang TikTok menggayakan style rambut yang sama. Lebih lagi semasa virus Covid-19 melanda dunia, semua orang bosan dekat rumah sehinggakan ramai yang mengambil keputusan untuk buat experiment pada rambut sendiri. At the same time ada beberapa selebriti lain yang juga mengenakan rambut seperti itu selain Jennie, iaitu Beyonce, Jennifer Lopez, Kylie Jenner dan beberapa lagi yang lain.

Cuba korang stalk gambar mereka, mesti korang pun rasa nak buat gaya rambut yang sama… Sebaiknya korang tanya dahulu kepada hair stylist tentang combination warna yang sesuai sebab bukan semua warna masuk dengan gaya tersebut. Buat research terlebih dahulu, baru korang tahu warna apa yang sesuai dan tidak.

Korang boleh mulakan dulu dengan warna gelap contohnya hitam dan dark chocolate atau dark grey. Nak selamat korang buat di kedai, so that tidaklah result rambut mengejutkan sangat. Risau kalau korang salah buat nanti jadi tak cantik dan tak boleh nak alter pula, at least kalau dekat kedai tu boleh la terus minta tukar warna lain kalau tak berkenan. Cuma korang kena berani sebab takut nanti parents terkejut pula tengok anaknya dah bertukar jadi skunk dengan rambut dua warna, opss!

BTW korang jangan lupa tengok video LunaSquad react dengan MV baru Blackpink. Nanti kalau ada yang buat warna rambut macam Jennie boleh share sekali result dekat kami! Mana tahu nanti Zoe, Tee dan Faya pun boleh cuba juga…

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Life Hacks Kalau Nak Maintain Barang Makeup Tersusun

MV How You Like That Dikecam Sebab Tak Hormat Agama Hindu?