in ,

Trend Phone 3 Kamera Selain iPhone 11

Sumber gambar: Lunaria.com.my

Since iPhone 11 dah keluar last week, ramai pengguna Apple bagaikan panas punggung sebab tak sabar nak beli phone paling latest keluaran syarikat terbesar dunia. Didatangkan dengan tiga kamera besar bak biji boba tea, harga paling murah yang korang boleh dapat ialah RM3,399 bagi iPhone 11 64 GB dan paling mahal RM6,899 untuk keluaran iPhone 11 Pro Max 512 GB. Sis tak mampu! Huhu!

Semua kecoh bila keluaran kali ini didatangkan dengan tiga kamera, tapi korang tak perasan ke sebenarnya ada je phone lain yang juga punyai tiga kamera. Ha, sekarang mesti dah perasankan yang sebenarnya tak ada pelik mana pun bila Apple design iPhone 11 dengan tiga kamera. Jom kita tengok phone apa agaknya yang juga mempunyai tiga kamera, tapi harganya sedikit murahberbanding iPhone 11, hehe! Kali ini mungkin Ainaa mampu.. LOL!

SAMSUNG GALAXY A70

Related image
Sumber gambar

Before Apple keluarkan produk telefon dengan tiga kamera, Samsung dah pun keluarkan dulu sejak beberapa tahun yang lepas. Paling latest, Samsung Galaxy A70 didatangkan dengan teknologi terkini dari Korea Selatan yang juga ada tiga kamera. Ketiga-tiga kamera itu mempunyai ciri yang berbeza yang mana kamera utama mampunyai 32 Megapixel, 8 MP ultra lebar dan satu depth lense. Harga pun jauh lebih murah daripada iPhone 11 which is hanya RM1,999. Cuma saiz phone ini lebih panjang sikit daripada iPhone 11.

HUAWEI MATE 20

Image result for huawei mate 20
Sumber gambar

Tak lama dulu nama syarikat telefon pintar Huawei sangat terkenal ia disebut serata dunia berkenaan isu ‘pergaduhan’ dengan pihak Apple dan campur tangan Amerika Syarikat sehinggakan ada beberapa produk Huawei terpaksa ‘dibekukan’ buat sementara waktu. Tapi itu tak buatkan Huawei terus jatuh dan berhenti hasilkan produk yang bagus. Antara produk mereka yang terkenal ialah Huawei Mate 20 yang juga ada tiga kamera dan dikelaskan sebagai telefon bimbit kelas premium. Dijual dengan harga RM2,999, kualiti lensa kamera Huawei Mate 20 disokong oleh syarikat kamera kelas pertama, which is Leica. Kira power juga Huawei Mate 20!

VIVO V15 PRO

Image result for VIVO V15 PRO
Sumber gambar

Fuhhh, Datuk Seri Siti Nurhaliza pun pakai Vivo V15 Pro?! Mesti phone ini power sampai Tokti pun jatuh hati sekali. Haa, kalau korang nak tahu, Vivo V15 Pro masih lagi dapat sambutan ramai walaupun dah keluar beberapa bulan yang lepas. Hanya berharga RM1,899 korang dah boleh dapat phone seakan-akan iPhone dengan tiga kamera. Keistimewaan kamera Vivo V15 Pro ialah sebab kamera utama sebesar 48 MP, 8MP super lebar dan 5MP depth lens. Power power power! Besar betul kamera dia, kalau gambar tak cantik juga tak tahulah salah siapa, haha!

LENOVO Z6

Image result for LENOVO Z6
Sumber gambar

Siapa cakap phone Lenovo beshe beshe je? Haa, yang beshe beshe itu pun ada tiga kamera tau. Siap pakej skrin OLED, Snapdragon dan bateri sebesar 4,000 mAH. Haaa, tak payah nak usung power bank dah lepas ini sebab bateri tahan lama. Kualiti kamera pun tak lari jauh daripada iPhone latest tau. Harga pun taklah mahal sangat untuk kualiti yang bagus macam tu which is RM2,299 sahaja. But still depends pada kapasiti penyimpanan yang korang pilih.

So kiranya kalau korang tak cukup duit nak beli iPhone 11, bolehlah beli one of phone yang Ainaa mention diatas. At least tak adalah rasa ketinggalan bila orang lain dah ada tiga kamera, kita masih lagi satu kamera (Ainaa pun ada satu kamera je la!) Depends pada berapa budget yang korang ada. Haihh, tak sabar rasanya nak tengok ramai orang beratur dekat depan kedai Machine untuk dapatkan iPhone 11 tak lama lagi, ada antara #Lunagirls bakal pengguna iPhone 11?

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Haqiem Rusli Dedah Ciri-Ciri Wanita Idaman

Kenapa Perlu Study Smart, Bukan Study Hard?