in ,

Trend² Content Yang Tengah Panas Di YouTube

Sumber gambar:Twitter AzfarHeri

Bosanlah harini, nak buat apa eh… Hmm layan Netfix macam tak ada movie baru je. Ha, layan YouTube confirm banyak video best sekarang..

Siapa banyak habiskan masa dengan layan YouTube sepanjang hari? Agak-agak dalam sehari berapa banyak video yang korang akan tengok di YouTube dan jenis video macam mana yang korang suka tengok? Adakah video room tour, vlog, beauty, travel atau movie je yang korang layan? Sekarang ini ada banyak content ‘dihidangkan’ di YouTube, tak kisah apa jenis video sekali pun sehinggakan kita sendiri ada yang tak sempat tengok. Hasil pemantauan kami, ada beberapa trend video content di YouTube sekarang ini. Antaranya..

PADA SUATU HARI… (KISAH HANTU)

Rasanya content paling laku ialah kisah hantu ya guys. Ramai yang sukakan kisah hantu tak kisah kalau cerita itu dah diulang banyak kali sekali pun. Lepas dah dengar cerita hantu tahu pula takut. LOL. Tapi jujur, kami sendiri pun memang suka tengok content macam ini, bila dengar experience orang lain berhadapan dengan makhluk halus ini buatkan kita akan menjadi lebih berjaga-jaga dengan benda ‘keras’. Cuba korang search sahaja kisah seram atau kisah hantu di YouTube, ada banyak pilihan yang boleh korang tengok tau. Antara YouTuber yang ada cerita hantu best ialah AzfarHeri, Hazeman Huzair dan ramai lagi.

UNBOXING/ HAUL TIME GUYS

Beli barang itu ini, check out. Tunggu masa sampai parcel depan rumah. Dah sampai, tiba masanya untuk kita buat video!

One of trending video di YouTube ialah salah satunya video haul ya. Tak kisah haul barang makeup, barang bilik, beg, kasut atau apa sahaja barang yang dibeli. Confirm baru je publish terus ramai orang akan tengok. Bukan apa, tak dapat shopping tapi dapat tengok orang lain shopping pun boleh rasa puas hati. Budget kena lebih sikit kalau nak buat content haul ini, melainkan korang sendiri memang tengah nak beli barang dan boleh terus buat content haul ini ya.

WELCOME TO MY ROOM

For those yang tengah nak decorate bilik, video macam ini yang korang perlu tengok selalu dan disebabkan itulah kenapa ada ramai orang suka share video room tour mereka. Pada masa yang sama dapat memberikan inspirasi kepada sesiapa yang memerlukan. Lebih lagi waktu PKP lagi ramai yang up content ini di YouTube, maklumlah ramai yang ada banyak masa di rumah jadi kemas bilik adalah satu pilihan yang ada.

REACT TIME

Tak kisah react tentang apa, react video TikTok, makanan pedas, video seram, OTS drama Korea, drama Melayu atau apa sahaja. Asalkan itu ialah content untuk react, maka dengan itu video akan jadi laku. Tengok sahaja BellaKhan, dulu buat video react TikTok terus beribu viewers dia dapat. Ehemm, LUNARIA pun tak ketinggalan ya buat video react juga, jangan lupa tunggu video baharu daripada kami ya.

VLOG THINGY

Biasanya kalau dah nama pun influencer, mesti orang nak tahu apa aktiviti harian mereka dan tengok apa benda yang mereka lakukan sepanjang hari. Kebanyakan YouTuber memang akan buat video vlog ini sebab itu memang permintaan viewers mereka sendiri. Contohnya untuk LUNARIA sendiri, kami ada video Lunariuh yang mana ia menceritakan aktiviti kami di ofis sepanjang minggu. Tapi tak kisahlah kalau korang bukan seorang influencer sekali pun, buat sahaja video vlog nanti akan ada yang tengok punya..

SUARA SEDAP, COVER LA LAGU

Bonus point pada sesiapa yang ada suara sedap mesti mereka akan buat video cover lagu. Since sekarang ini memang zaman orang tunjuk bakat, daripada situlah mereka dapat tonjolkan bakat yang mereka ada. Mana tahu kalau ada rezeki, boleh buat single sendiri. Najwa Latif, Tasha Manshahar dan ramai lagi penyanyi di Malaysia ini ada yang bermula sebagai penyanyi melalui video cover di YouTube.

Memandangkan dah ada banyak content menarik di YouTube sekarang ini, terpulang pada korang sendiri nak tengok video yang jenis macam mana. Ada je orang yang buka YouTube semata-mata nak layan movie, asalkan tak tengok video yang aneh-aneh.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Makin Laku, Video Dangdut Upin Ipin Raih 12 Juta Tontonan

Trend Cara Makeup K-Idol 2020