in ,

Trend Baru Korang Patut Cuba! Virtual Photoshoot Di Rumah Sahaja!

Sumber gambar: twitter.com/II3LUE

Sekarang ini, tidak dinafikan semua orang memang suka sangat ambil gambar walau di mana sahaja korang berada. Bukan setakat itu sahaja, kalau korang kreatif, tidak kira di mana sahaja tempat walaupun buruk atau cantik. Pandai dan kreatif cara korang, hasilnya sudah pasti akan nampak cantik dan ada nilainya tersendiri. Baru ini juga, sejak pandemik Covid 19, memang ramai sangat individu yang semakin rajin dan kreatif, sampai sekarang ini ada satu trend yang mana korang semua patut cuba! Iaitu virtual photoshoot yang korang boleh lakukan seorang diri tanpa bantuan orang lain. Bukan dengan cara berswafoto sendiri, malah meski pun korang tak nampak muka korang, gambar  virtual photoshoot ini ada tekniknya sendiri untuk hasil yang lebih menarik. Nak tahu apa tips untuk virtual photoshoot ini? Jom kita baca! 

SEDIAKAN DEVICE BERKAITAN

Sumber gambar: today line

Benda pertama yang korang wajib sediakan untuk virtual photoshoot ini adalah sediakan barang devices atau peralatan yang boleh korang ambil gambar sebagai contoh kalau korang ada kamera DSLR ke, kamera compact atau mirrorless dan smartphone korang dan laptop pun boleh digunakan sebagai alat untuk korang ambil gambar. Selepas itu, korang set kan semua peralatan yang korang nak ambil gambar itu kepada setting yang korang suka untuk buat virtual photoshoot nanti.

PROPS

Sumber gambar: woman talk

Walaupun virtual photoshoot ini dilakukan secara maya, bukan bermakna korang tidak perlukan props. Kalau nak gambar korang lebih cantik, kena lah beri effort sikit, setuju tak? Sebab dalam gambar korang nanti mesti lah nak nampak ala vintage ke, retro, estetik, dan lain-lain. Jadi, korang mungkin boleh cuba gunakan props yang ada di rumah seperti bunga, lampu, cermin, laci, kerusi, meja lampu, tilam, kipas dan banyak lagi. Ikut kreativiti korang nak jadikan background atau kesan sampingan gambar supaya gambar nampak lebih menarik.

TRIPOD

@lucaseelwkI was bored 📷 ##fyp ##foryou ##quarantine♬ original sound – Lukasz 💎

Disebabkan kita tiada bantuan photographer, dan demi memudahkan kerja kita sebagai photographer dan model gambar dalam masa yang sama. Sudah semestinya tripod adalah alat paling penting untuk virtual photoshoot korang ini. Korang boleh sesuaikan mengikut keselesaan korang dan sisi mana yang menarik dalam gambar nanti. Nanti korang tinggal setkan timer sahaja untuk ambil gambar bila dah ready.

LIGHTING DAN SPOTLIGHT

@lucaseelwkPhotos turned out bomb! 🔥 ##fyp ##foryou ##photoshoot ##stayathome♬ original sound – Lukasz 💎

Sebelum korang nak mulakan virtual photoshoot itu, pastikan korang dah tahu style gambar macam mana yang korang nak. Ini termasuk spot menarik dan pencahayaan korang. Jangan terlalu terang atau terlalu gelap sebab ia akan jejaskan gambar korang bila nak edit nanti. Selain itu, korang try and error dulu lah gambar dan spot korang nak ambil gambar itu nanti.

@salinakillaI’m in the process of makin a new yt video showing how I take self portraits! It will be up soon😳 ##selfportrait ##photoshoot ##fyp##foryoupage##viral##fyp♬ Dedicated to the One I Love – The Mamas & The Papas

Untuk pengetahuan korang, virtual photoshoot ini memang tengah mendapat perhatian sangat di media sosial sejak kuarantin. Ramai sangat yang dah cuba buat virtual photoshoot ini sendiri di rumah termasuk lah beberapa instafamous dan artis. Mungkin, kali ini korang pun boleh cuba? Boleh lah susun semula tema timeline korang di Instagram nanti.

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Rich Brian Release Muzik Video ‘Bali’ Dengan Tujuan Mulia

Kesilapan Biasa Kita Buat Semasa Raya