in ,

Trend Baru Fake Jeragat, Tak Bahaya Ke?

Sumber gambar: Youtube.com.my

Dah tak ada jeragat, nak ada jeragat. Kalau nak effect jeragat pun, pakai filter pun boleh, tak payah sampai nak cacah muka pula.

Haihhh, makin pelik trend zaman sekarang.. Elok kulit muka tak ada jeragat tapi sibuk nak ada siap pakai makeup tambah jeragat palsu pula. Mudah terpengaruh dengan trend pelik ya sekarang ini. Tapi kalau setakat makeup atau pakai filter okay lagi, tapi kalau yang sampai sanggup cacah tatu jeragat macam mana pula?

Image result for fake freckles makeup
Sumber gambar: theaugustdiaries

Sebelum ini ada trend cacah kening supaya tak perlu kelam kabut bersiap nak lukis kening bila makeup. Sekarang dah datang pula trend cacah tatu yang dikatakan separuh kekal dan mungkin akan popular lepas ini. Ada satu video yang diterbitkan oleh seorang pelukis tatu kosmetik bernama Nora Grace dari Los Angeles yang mana dia menjelaskan bahawa permintaan untuk cacah tatu jeragat sangat tinggi daripada kaum wanita.

Actually cacah tatu jeragat ini hanyalah separuh kekal sebab mereka akan menggunakan pigmen khas yang akan pudar dari semasa ke semasa. Tapi sama juga macam baru nak pakai tatu, si pemakai akan rasa sakit dekat kawasan yang akan terletaknya jeragat itu. Tapi kalau sakit pun apa orang peduli betul tak? Nak cantik, sakit pun tak apa. Orang kata beautiful is pain.. yeke gais?

Si pemakai perlu jaga ‘jeragat’ dengan baik yang mana ia tak boleh terlampau terdedah dengan cahaya matahari dan perlu pastikan sentiasa bersih. At the same time si pemakai kena selalu gunakan sunscreen untuk melindungi jeragat. Leceh pula nak kena jaga itu ini.

Image result for fake freckles tattoo
Sumber gambar: express.co.uk

Cacah tatu itu hanya akan bertahan selama satu hingga tiga tahun, bergantung dengan cara penjagaan si pemakai. Kiranya ia bergantung pada cara penjagaan kulit si pemakai. Nampak macam leceh sebab kena jaga itu ini, bayar mahal tapi ianya tak kekal pula. Sememangnya benda ini tak membahayakan diri si pemakai pun tapi cuma sambungan trend untuk girls tampil cantik tanpa perlu bersiap berejam depan cermin.

But girls, kita as Muslim adalah haram untuk buat benda ini sebab dah terang lagi bersuluh ia seakan-akan pemakaian tatu. So kalau korang teringin nak ada effect jeragat dekat muka, makeup je okay. Nak lagi senang ambil gambar pakai filter je kawan-kawan ku sekalian!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kelebihan Ada BF Atau GF Suka Main Game

5 Benda Menarik Dan Rare Tentang 7E Thailand