in ,

Trend Baju Oversized, Okay Ke Tak?

Sumber gambar: Pinterest.com

Weh aku ada jumpa satu baju ni dekat Shopee. Tapi tu la baju tu oversized pula. Agak-agak okay ke kalau aku pakai? Takut pula nak cuba…

Sekarang ni tengah ada macam-macam trend pakaian, sampaikan kita sendiri tak sempat nak ikut sekali trend tu. Tapi biasanya kalau bab trend fashion pakaian tu ia akan repeat beberapa kali dalam setahun sebab fashion ni takkan pernah lapuk. Sekarang pun tak tahu nak cakap tengah in trend fashion apa sebab semua orang ada style yang tersendiri.

Tapi sekarang ni trend fashion yang tengah in ialah oversized shirt. Cantik tau bila pakai baju oversized ni, lagi-lagi kalau pandai mix and match dengan seluar. Lagi la onz teruk tak kisah la for those yang free hair mahupun hijabis. Sekarang ni pun hijabis Β dah boleh gayakan bermacam-macam fesyen. Maklum la fesyen kan tak ada had, asalkan kita pandai gayakan semuanya nampak cantik.

Cuba korang tengok orang yang pakai oversized ni, mereka boleh dikatakan dalam kategori berani mencuba sesuatu yang baharu. Tak semua orang sanggup nak pakai baju oversized sebab takut nampak lebih rendah dan berisi. Bagi Ainaa, Ainaa suka pakai baju oversized sebab nampak la macam Ainaa ni berisi walaupun hakikatnya kurus je, hehe!

Sumber gambar: Shopee

Biasanya kebanyakan yang gayakan fesyen oversized ni mesti akan mix and match dengan seluar senten atau dengan skirt! So far Ainaa tak pernah lagi cuba pakai dengan skirt, maklum la tak berapa confident sangat, hehe! Tips untuk berfesyen ni kita kena sentiasa confident, jangan takut untuk cuba sesuatu yang baharu. Once kita dah ada confident dan berani, confirm tak ada masalah nak gayakan fesyen yang lain pula.

Kadang-kadang mesti ada yang tak tahu nak pilih baju oversized yang macam mana kan? Ainaa akan share dengan korang beberapa tips dia okay…

PILIH SIZE SESUAI

Sumber gambar: Pinterest

For those yang tengah nak berjinak-jinak dengan fesyen oversized ni, korang tak boleh pilih baju yang terlampau besar sangat. Let say korang pakai baju size S, pilih baju size L atau XL sahaja. Tapi kena tengok juga baju tu macam mana, kalau ia jenis cutting baju biasa, tak sesuai la nak buat baju oversized. Make sure baju tu memang bersaiz besar then baru la boleh pilih size yang sesuai dengan korang.

TAK KISAH BRAND APA

Sumber gambar: Carousell

Jangan disebabkan nak ikut trend sampai korang sanggup berhabis duit beli baju oversized branded. Padahal sebenarnya banyak je baju oversized yang murah-murah. Lokasi biasa yang menjual baju oversized dengan harga murah semestinya dekat bundle, hehe! Kadang-kadang kalau korang pandai selam dan ada luck, dapat la baju oversized branded even beli dekat bundle sekali pun.

BUAT RESEARCH

Sumber gambar: Zalora

Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan kan? Jalan yang korang ada sekarang ni ialah buat research tengah style oversized. Google je style oversized yang ada terutamanya buat para hijabis. Cuba tengok gadis Arab gayakan oversized style ni, memang cantik la! Cuma mungkin tak semua style boleh kita ikut sebab faktor cuaca. Malaysia ni tak ada la sejuk mana pun…

CONFIDENT KENA ADA

Sumber gambar: Pinterest

Malu nak cuba sebab takut orang cakap belakang? Hello! Kita hidup bukan untuk impress orang lain. Kita nak bergaya sebab diri kita sendiri, nak cantik pun sebab diri sendiri juga bukan sebab nak tunjuk dekat orang. Tak kisah la kalau orang kata korang nampak pendek kalau pakai oversized ni, korang kena juga confident. Cuma kalau ramai sangat yang komen tentang style korang tu, cuba tanya mereka part mana yang tak sesuai. Mungkin boleh improve lagi lepas mereka dah komen tu kan?

Kita semua ni cantik je kalau nak gayakan apa style fesyen sekali pun. Asalkan kita pandai nak gaya ikut tempat. Jangan pula pergi pasar korang bantai fesyen hipster, ikan pun gelakkan korang nanti tau. Confident ya girls!

What do you think?

6 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tips Elak Pekak Di Usia Muda Akibat Earphone

YouTuber Tercyduk Dengan Suara Mengancam Felix Stray Kids