in ,

Tradisi Sambutan Tahun Baru Cina Yang Korang Boleh Join!

Sumber gambar: footwearnews.com/2020

Memang best tau tinggal di Malaysia ini sebab bukan setakat banyak cuti sahaja tetapi setiap kali cuti itu juga adalah tanda kita mempunyai perayaan beberapa kaum. Memang seronok sangat sambut bersama dan rugi kalau korang tak cuba untuk sambut bersama rakan dan keluarga terdekat korang. Jom kita tengok tradisi sambutan Tahun Baru Cina yang memang patut korang join sekali dan apa alasan disebaliknya. Hehe!

MAIN MERCUN

Sumber gambar: awani

Kalau korang nak tahu bunyi mercun kuat yang akan membingitkan telinga ini dipercayai akan menghalau segala nasib malang, menolak bala serta mengusir puaka keluar dari kawasan rumah. Selepas selesainya pembakaran mercun, segala tuah dan peristiwa ria akan datang melimpah-ruah, haaa begitu… memang best walaupun satu kampung riuh dibuatnya!

TARIAN SINGA

Sumber gambar: gswitch

Tarian Singa ini adalah tarian tradisi dalam kebudayaan Cina dan kebudayaan kaum Asia lain yang mana ia adalah tarian meniru pergerakan singa dengan memakai kostum sebagai pembawa tuah. Tarian Singa dipersembahkan sempena perayaan Tahun Baru Cina dan Festival kaum Cina lain selain dipersembahkan sempena peristiwa pembukaan bisnes baharu, sambutan istimewa, perkahwinan atau menyambut tetamu khas mengikut tradisi masyarakat Cina. Kalau korang duduk dekat mana-mana yang ada tarian singa ini korang cubalah join sekali menari. Hehe!

YEE SANG

Sumber gambar: 123rf

Hidangan wajib adalah Yee Sang. Ia melambangkan simbol kemewahan, penyatuan dan kemurahan rezeki yang bakal diperoleh sepanjang tahun. Dalam Kantonis, ‘Yee’ bermaksud ikan yang turut membawa pengertian kekayaan yang berkekalan dan ‘Sang’ merujuk kepada mentah, hidup dan kebangkitan. Lou hei bermakna menggaul naik. Bila korang gaul dan sebut segala hajat dengan suara yang tinggi dan berulang kali dengan harapan ia dapat memberi kesihatan baik, kemakmuran dan kemewahan hidup yang lebih baik. Semakin tinggi yee sang itu digaul dan diangkat tinggi, maka kesihatan akan menjadi semakin baik. Kemakmuran dan kemewahan juga akan dikecapi pada tahun tersebut. Memang seronok tau!Β 

ANG PAO

Sumber gambar: thehoneycombers

Siapa sahaja yang tak kenal ang pao kan? Pada perayaan Tahun Baru Cina, ang pou biasanya diberi oleh yang sudah berkahwin kepada yang belum berkahwin. Sesiapa yang belum berkahwin layak menerimanya tanpa mengira usia. Hmm, lagi best daripada hari raya kan? Haha!

MAKAN BERSAMA

Sumber gambar: mstar

Malam sebelum Tahun Baru Cina merupakan malam yang jauh lebih penting berbanding hari pertama perayaan itu. Malam tersebut diluangkan untuk mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga dan rakan-rakan yang dah lama korang tak jumpa. Kepercayaan masyarakat Cina mengatakan pada acara makan malam besar, semua perkara tidak baik akan berakhir. Baju merah akan dipakai untuk menghalau roh jahat serta membawa keberkatan dan kesejahteraan, bolehlah kita sekali sekala datang memeriahkan kan? Selain itu, memakai pakaian baru juga merupakan simbolik permulaan hidup baru dengan penuh harapan.

Nampak tak? Jadi semua tradisi ini lepas ini korang boleh lah cuba sambut dengan kawan-kawan dan keluarga terdekat korang. Sangat rugi kalau tinggal di Malaysia tapi tak pernah merasa sambut setiap perayaan yang ada di negara kita yang harmoni dengan kepelbagaiaan ini. Orang luar tengok pun cemburu tau!Β 

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Idea Menu Masakan Untuk Hujung Minggu

Ini Fakta Menarik Tentang TikTok