in ,

Top Game Lama Perlu Ada Dalam Phone Korang

Sumber gambar: gadgetmatch.com

Korang minat tak main game guna phone? Nak tanya sikit, korang ada berapa banyak game dalam phone? Ada banyak ke sikit saja? Macam Zoe, tak banyak pun tapi game yang paling Zoe suka adalah game main piano itu sahaja! Sebab senang dan siap ada banyak lagu yang Zoe boleh pilih! Korang tahu tak, sebenarnya ada lagi beberapa top game dalam phone yang boleh korang cuba install dalam phone korang sebab ia mudah dimainkan dan bukan setakat itu sahaja, game dalam phone yang akan Zoe kongsi dengan korang ini pun memang comel sangat walaupun dah lama. 

POU

Sumber gambar: bluestacks

Macam anak sendiri, game Pou adalah game yang memang paling mudah dan senang. Kalau mak ayah korang tak bagi bela haiwan di rumah. Apa kata korang bela Pou? Senang sahaja nak jaga dia sebab korang perlu main dengan dia, bagi makan dan tidurkan sahaja dia bila dia letih. Baju dia pun korang boleh pilih macam-macam dan tak perlu pergi kedai pun.. Boleh acah-acah jaga haiwan.. LOL!

TEMPLE RUN

Sumber gambar: pinterest

Kalau korang nak feeling ala James Bond yang sukakan cabaran, korang cubalah main game Temple Run yang mana sekarang dia sudah ada banyak versi. Lari, lari, lompat, seret dan elak dari terjatuh dan terlanggar cabaran dan nanti korang akan menang. Apa penghujung Temple Run ini pun Zoe tak pasti sebab Zoe baru lari separuh jalan dah kalah! 

ANGRY BIRD

Sumber gambar: venturebeat

Tarik…. lepas dan langgar semua burung yang lain. Angry Bird adalah antara game yang best dalam masa yang sama dia akan buatkan kita stress sebab burung tak dapat langgar dek kerana dihalang oleh oink oink yang warna hijau itu! Haha! Kalau korang dah lama tak main Angry Bird, korang bolehlah install semula. Game ini pernah jadi fenomena suatu ketika dahulu tau.. mana-mana kita akan jumpa orang main game ini!

CANDY CRUSH

Sumber gambar: apps apple

Walaupun banyak level yang perlu korang lepasi, tetapi Candy Crush memang antara game yang paling mudah sebab korang boleh minta nyawa dengan kawan-kawan. Permainan ini pun memang senang sangat korang nak main dan korang boleh main dengan adik-beradik korang yang lain.

SUBWAY SURFERS

Sumber gambar: pinterest

Konsep game ini lebih kurang sama dengan Temple Run tapi Subway Surfers korang akan main lari-lari atas train. Memang banyak karakter yang sempoi korang boleh pilih dan macam Zoe cakap, disebabkan konsep Subway Surfers ini sama macam Temple Run, Zoe tak tahu apa penghujung permainan Subway Surfers ini. Asyik kena langgar train je!! 

Jadi, selepas ini korang bolehlah main semula semua game dalam phone ini kalau nak game yang chill-chill ini. Selamat mencuba! 

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments