in ,

Top 5 ‘Penyanyi’ Baru Nak Up YouTube Dan Instagram

Sumber gambar: Instagram @daliafarhana / Instgaram @liaaa.aziz

Woww! Sedapnya suara dia ni, sebijik macam suara penyanyi terkenal! Bestnya dengar suara macam ni…

Sebenarnya rakyat Malaysia ni ada ramai orang yang berbakat. Tak kira la berbakat dalam lakonan atau pun dalam nyanyian. Dapat pula kalau bakat tu diketengahkan, mesti akan jadi penyanyi atau pelakon yang terkenal. Since sekarang ni musim duduk rumah, semakin ramai orang menunjukkan bakat terpendam mereka. Bukan setakat bakat memasak, tapi bakat dalam nyanyian.

Semenjak dua menjak ni Ainaa perasan juga semakin ramai individu yang bersuara lunak mula kongsikan cover lagu dekat Youtube dan juga Instagram. Jom kita check out suara mereka ni, mana tahu korang pun berkenan nak dengar ke? Ainaa ada beberapa favorite yang tersendiri, hehe!

BITOBEYTO

Korang tahu kan sekarang lagu Peluang Kedua nyanyian Nabila Razali ni tengah hangat diperkatakan? Lagi-lagi bila sekarang ni Official Music Video lagu tersebut dah mencecah sebanyak 4 juta tontonan di Youtube! First time Ainaa tengok video nyanyian Bitobeyto ni ialah apabila dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter beberapa pada bulan lepas. Sekali dengar je, terus rasa sedih nak nangis. Ha, bunyi macam over kan? Tapi itu la hakikatnya sebab cara nyanyian Bitobeyto ni memang menusuk kalbu. Lagi-lagi bila video itu menunjukkan dia sedang memujuk kekasih hatinya yang sedang merajuk. Daripada ‘nak apa lagi?’ kepada ‘awak dah makan?’ Haihh untungnya dapat boyfriend yang boleh nyanyi ni. Kalau korang nak tengok lagi cover Bitobeyto, check out dekat Instagram dia okay. Confirm korang enjoy dengan suara dia tu.

WANI ANNUAR

Mungkin disebabkan musim PKP ni, rasa sentu je hati ni. So, Ainaa pun baru discover seorang gadis manis yang mempunyai suara merdu ni. Antara banyak-banyak lagu yang dia cover, Ainaa paliing tertarik dengan lagu Lumpuhkan Ingatanku. Sedih dia lain macam tau, korang yang tak sedih pun boleh ikut jadi sedih pula. BTW Wani ni pun dah lama cover lagu dan mungkin sekarang bakatnya baru dikenali oleh orang ramai. Subscribers dekat Youtube pun boleh tahan ramai juga iaitu hampir 22 ribu orang. Apa yang menariknya, Wani ni gemar cover lagu dengan menggunakan alat bantuan muzik lain which is gitar atau keyboard. Patut la bertambah sedap, pandai main instrument rupanya awak ni ya.

LIAA AZIZ

View this post on Instagram

Lelaki Cadangan 🧸💜 MENTION KAWAN KAWAN KORANG 🤍 #malaysiancover #indomusikgram #liashortcover @covermusiktop

A post shared by 𝓐𝓵𝓲𝓪 𝓕𝓪𝓻𝔃𝓪𝓷𝓪 𝓐𝓫𝓭𝓾𝓵 𝓐𝔃𝓲𝔃 (@liaaa.aziz) on

Ingatkan dah habis sekolah, rupa-rupanya baru sahaja berusia 17 tahun! Memang berbakat besar la awak ni, dah la pandai menyanyi, cantik pula tu. Ainaa tak ingat macam mana Lia ni mula dikenali tapi kalau tak silap ada satu video nyanyiannya dikongsikan dekat Twitter dan mulai daripada situ dia mula dikenali. Suara dia pun boleh tahan juga ya, lunak macam suara orang dah dewasa tau. Nampaknya Lia ni bukan setakat cover lagu je, dia pun ada buat video makan-makan ya! Korang mesti suka kan tengok video makan-makan ni? So pilih la nak dengar Lia nyanyi atau tengok Lia makan, hehe!

EDA NAZIELA

Kalau dengar je suara Eda ni, korang rasa umur dia berapa agak-agak? 17? 16? 15? Nope! Actually Eda ni berusia 23 tahun ya. Suara dia memang halus macam tu, tapi jangan ingat dia budak-budak tau. Actually Eda ni sebenarnya junior Ainaa dekat sekolah dulu dan since sekolah pun Eda ada je menyanyi sikit-sikit tapi siapa sangka sekarang ni dia dah dikenali ramai. Untuk pegetahuan korang juga, Eda merupakan pelajar jurusan muzik dekat UiTM Shah Alam, so no wonder la suara dia bertambah sedap kan! Korang pergi la dengar cover song Eda dekat Instagram dan juga Youtube channel dia, korang juga boleh join IG LIVE Eda setiap malam sebab sekarang ni dia memang aktif buat IG LIVE tau. Antara lagu favorite Ainaa nyanyian Eda ni of course lagu Dinda by Masdo!

DALIA FARHANA

Siapa yang tak kenal Dalia ni? Ainaa rasa Dalia dah patut ada single dia yang sendiri tau. Kalau korang dengar setiap lagu yang Dalia cover, korang dapat rasakan kesedihan yang ingin disampaikan olehnya. Kalau tak sedih pun mesti akan rasa happy sama-sama. Dalia selalu juga duet dengan Kucaimars, salah seorang penyanyi yang memulakan kariernya di Youtube. Mana tahu lepas ni Dalia akan ikut jejak Kucaimars join program realiti nyanyian ke kan?

Antara banyak-banyak individu yang Ainaa list ni, mana satu favorite korang? Kalau Ainaa, of course la semua sekali. Tak boleh la nak pilih satu je, kena pilih semua baru adil kan!

What do you think?

5 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Penyebab Badan Selalu Letih Semasa Puasa

Suho (EXO) Dan Yook Sung Jae (BTOB) Daftar Masuk Khidmat Tentera Mei 2020